KLIK DI SINI!

Saturday

Minum Terbaik untuk Meningkatkan Ketinggian


Ketinggian kadang-kadang boleh memberi rasa yakin diri yang lebih pada seseorang. Ketinggian juga amat diperlukan untuk sesetengah pekerjaan contohnya kalau nak jadi pramugari ke, model ke, polis ke askar ke..kenalah ada ketinggian...

Bagi aku ketinggian tu tak menjadi masalah sebab aku memang dah tinggi. Dengan ketinggian seorang perempuan 172cm memang la agak jarang ditemui. Model pun takde yang ramai setinggi ini kot? hihi... ramai orang tanya kenapa tinggi sangat? awk tinggi awk makan apa ek? eh, parents u tinggi ek? tinggi brape ni? aku jwb= sy mkn nasik jugak.... abah sy tinggi...tinggi 17 lebih..bla bla bla...

NAH! UNTUK SAPE2 YANG NAK TINGGI PI CUBA MINUM MINUMAN UNTUK KETINGGIAN NI. aku terjumpa dekat encek google. silalah cuba! selamat mencuba! kalau dah tinggi jgn lupa pm aku... !!!

Minuman untuk ketinggian/Best Drink to Increase Height

Ramuan:
Grewia asiatica - 1 cawan
Air - 1 1/2 cawan
Ceri - 1/2 cawan
Jus epal - 2 cawan
Daun saderi - 1/2, dicincang
Tablet Vitamin C - 4 tablet
Lada hitam - 1/2 sudu kecil
Tabasco sos - 1 sudu besar
Gula perang - untuk rasa

Kaedah:
Kisar semua di atas, kecuali gula perang.
Tambah gula perang ke dalam campuran dan minum 1 gelas setiap hari. 
Dengan minuman ini, ketinggian anda akan meningkat, hormon anda akan mengimbangkan diri dan ia juga membantu jika anda menopaus sebelum umur yang sepatutnya. 
Anda juga perlu terus menjalankan senaman dengan rawatan ini; berenang adalah senaman yang terbaik untuk meningkatkan ketinggian anda.

BUAH DELIMA


Delima digelar ‘superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau system kardiovaskular. Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah kecoklatan atau agak ungu.Isi buahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.

RAHSIA PENCIPTAAN BUAH DELIMA

Di dalam Al-Quran disebut tiga tempat tentang buah “delima”.
Pertama Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:”Dan Dia yang menurunkan air(hujan) dari langit kemudian kami mengeluarkan dari air(hujan) itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan sebahagian daripadanya dedaunan yang hijau(sayur mayur) dan Kami keluarkan pada sebahagian daripadanya biji-bijian yang bersusun dan Kami jadikan pula daripadanya pokok kurma yang mayangnya ada segerombolan buah kurma yang dekat untuk ambil, dan daripadanya pula Kami keluarkan kebun-kebun anggur, zaitun dan delima yang sebahagiannya mempunyai kemiripan daunnya, tetapi rasa buah yang satu berbeza dengan yang lain. Lihatlah buah-buahnya ketika sedang berbuah dan ketika telah ranum.Sesungguhnya di dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Kami bagi orang-orang beriman.”(Al-An’am:99)

Kedua Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:”Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”(Al-An’am:141)

Dan ketiga Allah S.W.T. berfirman:” Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus-menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan?Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.”( Al-Rahman:66-68)

Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sbagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah delima seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit kerras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

ASAL BUAH DELIMA

Delima berasal dari Negara Iran dikenali sebagai Punica Granatumdalam istilah botani, juga boleh didapati di India, Afghanistan dan Syria. Di zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu di tanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.Bagi agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.  Di China pula, buah delima menjadi simbol kesuburan, rezeki yzng melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Dalam agama Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM BUAH DELIMA

Dari sudut pemakanan, buah delima  kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia dapat melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud:
“Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”
.
Jus buah delima  dapat memberikan zat kepada badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itu ia dapat menghilangkan keletihan.Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia.

Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula betanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.

Friday

Boikot McDOnald And CocA-cOLA. Bersediakah kita??



Di antara jasa Coca-Cola & Mc Donalds.....

Coca-cola telah menjadi penyokong Israel sejak 1966. Ada banyak bukti peristiwa yang menunjukkan sokongan mereka kepada Zionis.

Pada 1997, Kerajaan Israel telah mengiktiraf sumbangan Coca-Cola di Majlis Makan Malam Anugerah Perdagangan Israel atas sokongan berterusan Israel untuk 30 tahun serta keengganan mereka mematuhi boikot Liga Arab Israel.


Pada 11 Oktober 2001, Ibu Pejabat Dunia Coca-Cola telah menjadi tuan rumah dan juga merupakan penaja utama Dewan Perniagaan Amerika-Israel Commerce di majlis Eagle Star Awards Gala.

Pada bulan Februari 2002, Coca-Cola bekerjasama dengan "Friends of Israel" untuk menaja syarahan yang diberikan oleh wartawan zionist terkenal Linda Gradstein di Universiti Minnesota.

Pada bulan Oktober 2005, Coca-Cola telah meningkat pelaburan di Israel dengan membeli 51% dalam Tavor Winery. Tavor Winery adalah sebuah syarikat Israel yang berpusat di Wilayah Palestin yang dijajah di kaki Gunung Tavor yang menghadap ke Laut Galilee.

McDonald Corporation pula adalah rakan korporat utama Jewish United Fund (JUF) / Persekutuan Yahudi Metropolitan di Chicago. McDonald Corporation telah berbesar hati menaja Jubilee 100 tahun JUF pada 2000 dan sebagai rakan kongsi utama peringkat korporat kepada sumber ekonomi Zionisme.

Melalui Suruhanjaya Israel, JUF "berfungsi untuk mengekalkan tentera Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memantau dan apabila perlu, respons kepada liputan media Israel".

Ini hanyalah sebahagian petanda dan bukti hubungan akrab Coca cola dan Mc D dengan rejim Zionis Israel.

Pada saat ini, Gaza sedang diserang bertalu-talu dengan muntahan bom dan peluru Israel yang telah mengorbankan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Jadi, terpulang kepada anda samada terus mahu memberikan sokongan kepada mereka atau pun sebaliknya....

Thursday

Pati Delima Gulsan... Memang Ajaib!


Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..


Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
-Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
-Melancarkan peredaran darah
-Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
-Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
-Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan…InsyaAllah…
-Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
-Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
-Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
-Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
-Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
-Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
-Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
-Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
-Awet muda…sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia
-Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
-Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
-Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua…dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung…..
-Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin…
-Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
-Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
-Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata
Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.
Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).
Jus Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-
· Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
· Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal
· Membersihkan hati dan urethra
· Memperkuatkan sistem penghadaman
· Membuang lemak-lemak berlebihan
· Meningkatkan tenaga
· Mencegah ‘morning sickness’
· Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
· Mencantikkan dan mencerahkan kulit
· Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
· Boleh meghilangkan kahak
· Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan
kekuatan tenaga batin
· Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

Diingatkan bahawa kita hanya berusaha...yang akan sembuhkan adalah dari ALLAH TAALA...

Jangan lupa Selawat + Ayat Kursi + Doa (di dalam hati untuk sembuhkan penyakit)


Sekeping doa

Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan ku ini dalam menempuh hidup yang penuh berliku ini. Permudahkanlah Ya Allah..
Murahkanlah rezeki ku... semoga aku dapat membantu ibu bapa ku adik-adik ku dengan lebih banyak Ya Allah.
Sempena Awal Muharram ini...aku harap dapat menjadi insan yang lebih cemerlang dunia dan akhirat.
Semoga dapat menjadi hamba Mu yang solehah yang mengamalkan amar makruf nahi mungkar.

amin
amin
amin...

Tuesday

terima kasih

Assalamualaikum all readers.

disini I just want to say thank you thank you thank you coz sudi lawat blog page i. althoug takde pape sangat masa untuk update this blog but i hope blog ni can give info to all of you. have fun reading ya!! :)

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..