KLIK DI SINI!

Friday

Penangan lelaki Lombok? ish tak sudah2!

TELUK INTAN - Penangan cinta lelaki Lombok mampu membuatkan seorang wanita warga tempatan hilang pertimbangan.

Wanita terbabit yang berasal daripada Bentong, Pahang, sanggup menangis teresak-esak sambil merayu pegawai Imigresen Cawangan Teluk Intan melepaskan teman lelakinya yang ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jalan Changkat Jong, Sabtu lalu.

Wanita berusia 26 tahun itu yang bekerja sebagai kerani di Kampung Gajah, baru sembilan bulan mengenali lelaki Lombok berkenaan, telah ditahan dalam satu Operasi Bersepadu yang ketuai oleh Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) dan turut disertai oleh pihak Imigresen Cawangan Teluk Intan.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, sepasukan anggotanya bersama Jaipk membuat pemeriksaan di salah sebuah hotel di kawasan berkenaan dan mendapati seorang lelaki warga Indonesia bersama-sama wanita warga tempatan.

Katanya, lelaki warga Indonesia bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit di Bota Kanan, ditahan di bawah Akta Imigresen selama 14 hari bagi membantu siasatan pihak Jaipk dan Imigresen.

“Jika kami mendapati, lelaki warga Indonesia itu melakukan kesalahan, pihak Imigresen mempunyai kuasa dan tidak teragak-agak untuk menghalau lelaki berkenaan ke negara asal.

“Tindakan tegas diambil oleh pihak kami sekiranya mana-mana warga asing disabitkan kesalahan akan diusir keluar daripada negara ini,” katanya di Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan, di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Khairul Anuar berkata, anggotanya juga turut menahan seorang wanita warga asing Indonesia turut berdua-dua dengan warga tempatan di lokasi dan operasi sama.

Katanya, wanita berusia 32 tahun itu berasal daripada Jawa Tengah, ditahan bersama pasangannya didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen1959/63.

Menurutnya, wanita itu mendakwa dia pernah berkahwin dengan warga tempatan gagal menunjukkan dokumen perjalanan apabila diminta oleh anggotanya dan ditahan untuk siasatan selanjutnya.

No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..