KLIK DI SINI!

Tuesday

Sambal Hijau Bebola dan Tofu




Bahan-bahan:
Dikisar:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
20gm belacan
8 biji cili besar hijau

Bahan-bahan lain:
10 biji bebola ikan goreng
5 biji tofu ikan
20gm / 20ml air asam jawa
Garam
Stok ayam
Ikan bilis (goreng)
Bawang besar (dihiris)
Minyak untuk menumis


Cara-cara menyediakan:
  1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar sehingga hancur.
  2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga masak (pecah minyak).
  3. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan bebola ikan goreng dan tofu ikan, kacaukan dan selepas itu masukkan garam serta stok ayam secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah dihiris tadi. Kacaukan sehingga masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.




No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..