KLIK DI SINI!

Friday

Melamine. apakah kesan melamin?


1. Apakah Melamine?
  
Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan dalam semua makanan.
  
2. Mengapa melamine pernah dikesan di dalam susu dan hasilan susu?
 
Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985.
  
3. Apakah kesan Melamine kepada manusia?
 
Kesan melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu Dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.
 
4. Apakah kesan pengambilan melamine secara berlebihan ke atas manusia?
  
While there are no direct human studies on the effect of melamine data from animal studies can be used to predict adverse health effects. Melamine alone can causes bladder stones in animal tests. When combined with cyanuric acid, which may also present in melamine powder, melamine can form crystals that can give rise to kidney stones. (source: WHO)

Melamine dalam makanan akan menjadi lebih bahaya jika bercampur dengan cyanuric acid iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat secara semulajadi dalam makanan.
  
5 . Apakah tahap melamine yang dibenarkan dalam produk makanan?
 
KKM ingin menegaskan bahawa tahap melamine yang dibenarkan (action level) ialah 1 mg/kg bagi makanan bayi dan 2.5 mg/kg atau 2.5 bahagian setiap juta (parts per million – ppm) bagi makanan lain. Jika produk makanan melebihi tahap tersebut, tindakan undang-undang akan diambil.
  
6. Apakah tindakan yang boleh dikenakan jika didapati produk makanan tercemar dengan melamine?
 
Sekiranya terdapat perlanggaran, tindakan tegas akan diambil dan akan didakwa di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya sekali.
  
7. Adakah selamat menggunakan pinggan mangkuk melamine?
  
Melamine ware seperti pinggan mangkuk, jug, cawan dan gelas banyak digunakan dalam penyediaan makanan di rumah, restoran dan kedai-kedai makan. Melamine ware diperbuat daripada melamine, urea, bahan organik dan formaldehid. Melamine merupakan tahan haba dan sangat stabil. Melamine ware mampu tahan pada haba yang lebih tinggi berbanding barangan plastik lain.
  
Terdapat beberapa kajian mengenai migrasi melamine yang telah dijalankan di peringkat antarabangsa. Keputusan menunjukkan terdapat migrasi melamine dari melamine ware pada paras yang rendah.European Union (EU) telah menetapkan Specific Migration Limit (SML) bagi melamine adalah 30 kg/mg (ppm). Kadar migrasi melamine meningkat pada suhu tinggi, keadaan berasid dan penggunaan melamine ware yang berulang kali. Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya tidak menggunakanmelamine ware pada suhu yang ekstrem seperti di dalam oven dan ketuhar gelombang.

2 comments:

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

wah, awesome entry.. dah lame cari entry sal nie.. hehehehe

yana said...

o ye ke..have a read taw! just give info tentang isu berpanjangan... :)

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..