KLIK DI SINI!

Saturday

Panduan Penyimpanan Makanan Yang Selamat


1. Apa perkara yang patut saya ketahui?
Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan makanan yang betul adalah penting kerana:
  • Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan
  • Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut
  • Untuk kesedapan makanan tersebut
  • Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut
Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul, persekitaran yang bersih dan dimakan sebelum tarikh luput.
2. Apa fakta penting berkaitan penyimpanan makanan?
  • Menyimpan dengan betul akan membantu untuk meminimakan makanan menjadi basi, tercemar dan membazir.
  • Makanan yang telah dimasak boleh menjadi tercemar walaupun bercampur dengan sedikit sahaja bahan mentah.
  • Menyimpan dalam peti sejuk adalah cara yang mudah dan selamat untuk menyimpan makanan untuk tempoh yang singkat.
  • Jangan basuh sayur-sayuran hijau sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  • Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.
  • Jangan bekukan kembali makanan selepas dinyahbekukan.
  • Simpan telur dan yang berasaskan telur berasingan dari bawang kerana ia boleh berubah dengan bau bawang.
  • Makanan untuk bayi mesti segar dan buang lebihan makanan tersebut (ia tidak sepatutnya disimpan langsung).
  • Baca label pada pembungkus/bekas makanan untuk cara menyimpan sebelum dan selepas membukanya.
3. Bagaimana untuk menyimpan makanan dengan betul?
Ada beberapa cara untuk menyimpan makanan:
  • Penyejukan
  • Pembekuan
  • Penyimpanan pada suhu bilik
Cara untuk menyimpan makanan bergantung kepada jenis makanan.
4. Bagaimana cara makanan disimpan di dalam peti sejuk?

Ikuti peraturan berikut untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk:

Anda PERLU:
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. (Kenapa? Ini akan mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah)
  • Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan yang mentah (Kenapa? Bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)
  • Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa? Tumpahan dari bahan mentah boleh mencemar makanan yang telah dimasak)
  • Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk (Kenapa? Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan bakteria)
  • Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang (Kenapa? Ini akan mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)
  • Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa? Untuk mengelakkan ianya rosak oleh pembekuan)
Anda JANGAN:
  • Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk (Kenapa? Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)
  • Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk (Kenapa? Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk)
  • Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk (Kenapa? Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk)
  • Menyimpan daging, ikan dan unggas di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari (Kenapa? Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk)
  • Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari.
5. Apakah yang dikatakan menyimpan beku?
Menyimpan pada suhu yang mengekalkan makanan dalam keadaan beku. Makanan yang disimpan dalam bahagian beku boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama.
6. Bagaimana cara menyimpan makanan di bahagian beku?

Ikuti peraturan berikut untuk menyimpan makanan di bahagian beku:
Anda PERLU:
  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas , beg plastik yang kedap udara atau dibungkus dengan pembungkus polyethylene. (Kenapa? Untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)
  • Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil (Kenapa? Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat)
  • Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk
  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti beku
Anda JANGAN:
  • Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku (Kenapa? Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)
  • Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. (Kenapa? Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging unggas yang disumbat itu dalam masa yang singkat)
  • Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda. (Kenapa? Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)
  • Membekukan makanan dalam tin. (Kenapa? Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah)
7. Bagaimana untuk menyimpan pada suhu bilik?
Ikuti cara-cara berikut untuk menyimpan makanan pada suhu bilik:
Anda MESTI:
  • Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di dalam bekas yang bertutup rapat. (Kenapa? Untuk menghalang pencemaran oleh serangga dan tikus)
  • Simpan makanan dalam tin di tempat yang sejuk
  • Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari sinaran langsung matahari untuk menghalang makanan tersebut dari bercambah
  • Simpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT di tempat sejuk. Simpan di dalam peti sejuk apabila telah dibuka dan habiskan dalam masa seminggu.
  • Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih, kering dan berangin.
  • Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk, kering dan berangin. Jangan campur tepung yang lama dengan yang baru
  • Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik
  • Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari oleh tikus dan serangga.
  • Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan bersih, kering dan berangin
Anda JANGAN:
  • Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan dan racun seperti racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan sabun
  • Biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik

Friday

Melamine. apakah kesan melamin?


1. Apakah Melamine?
  
Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan dalam semua makanan.
  
2. Mengapa melamine pernah dikesan di dalam susu dan hasilan susu?
 
Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985.
  
3. Apakah kesan Melamine kepada manusia?
 
Kesan melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu Dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.
 
4. Apakah kesan pengambilan melamine secara berlebihan ke atas manusia?
  
While there are no direct human studies on the effect of melamine data from animal studies can be used to predict adverse health effects. Melamine alone can causes bladder stones in animal tests. When combined with cyanuric acid, which may also present in melamine powder, melamine can form crystals that can give rise to kidney stones. (source: WHO)

Melamine dalam makanan akan menjadi lebih bahaya jika bercampur dengan cyanuric acid iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat secara semulajadi dalam makanan.
  
5 . Apakah tahap melamine yang dibenarkan dalam produk makanan?
 
KKM ingin menegaskan bahawa tahap melamine yang dibenarkan (action level) ialah 1 mg/kg bagi makanan bayi dan 2.5 mg/kg atau 2.5 bahagian setiap juta (parts per million – ppm) bagi makanan lain. Jika produk makanan melebihi tahap tersebut, tindakan undang-undang akan diambil.
  
6. Apakah tindakan yang boleh dikenakan jika didapati produk makanan tercemar dengan melamine?
 
Sekiranya terdapat perlanggaran, tindakan tegas akan diambil dan akan didakwa di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya sekali.
  
7. Adakah selamat menggunakan pinggan mangkuk melamine?
  
Melamine ware seperti pinggan mangkuk, jug, cawan dan gelas banyak digunakan dalam penyediaan makanan di rumah, restoran dan kedai-kedai makan. Melamine ware diperbuat daripada melamine, urea, bahan organik dan formaldehid. Melamine merupakan tahan haba dan sangat stabil. Melamine ware mampu tahan pada haba yang lebih tinggi berbanding barangan plastik lain.
  
Terdapat beberapa kajian mengenai migrasi melamine yang telah dijalankan di peringkat antarabangsa. Keputusan menunjukkan terdapat migrasi melamine dari melamine ware pada paras yang rendah.European Union (EU) telah menetapkan Specific Migration Limit (SML) bagi melamine adalah 30 kg/mg (ppm). Kadar migrasi melamine meningkat pada suhu tinggi, keadaan berasid dan penggunaan melamine ware yang berulang kali. Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya tidak menggunakanmelamine ware pada suhu yang ekstrem seperti di dalam oven dan ketuhar gelombang.

what is acrylamide?


1. What is Acrylamide?
Acrylamide is a chemical that is used to make polyacrylamide materials, treatment of drinking water and waste water, glues, paper and cosmetics, construction of dam foundations and tunnels

2. What is the problem?
Acrylamide is known to cause cancer in animals. At certain doses, it can cause damage to the nervous system of both animals and humans and has been shown to affect the reproductive system in animals.

3. How does acrylamide form when food is cooked at high temperatures?
Acrylamide appears to be produced naturally in some foods that have been cooked or heat processed such as fried potato, fried banana, breads and bakery products.

4. What can be done to avoid acrylamide in food? Should I stop eating starchy foods including potato chips / potato crisps?
We don't know exactly at what temperature acrylamide is formed in food. However acrylamide has so far not been found in food prepared at temperatures below 120°C, including boiled foods. All foods, especially meat and meat products should be cooked sufficiently to destroy food poisoning bacteria. People should continue their practice eating healthy diet.

5. Are home-cooked foods safer than pre-cooked, packaged or processed foods?
Elevated levels of acrylamide have been found in home cooked foods, as well as pre-cooked, packaged and processed foods.

6. What is the risk of me getting cancer from acrylamide?
For humans, the relative potencies of cancer causing agents in food are not known. Prolonged exposure to acrylamide has caused a range of tumours in tests animals i.e.(rats and mice). Studiey of workers exposed to acrylamide through air and contact with their skin found no evidence of cancer.

7. Is any level of acrylamide in food acceptable?
Acrylamide belongs to the group of chemicals thought to have no reliably identifiable 'threshold' of effects, meaning that very low concentrations may result in very low risks to health.

8. Does food represent the greatest source of acrylamide or are there other sources?
The levels of acrylamide found in some foods are much higher the levels recommended for drinking-water, or levels expected to occur as a result of contact between food and food packaging (from wrapping paper) or use of cosmetics.

9. Is acrylamide produced naturally in the body?
There is no evidence that acrylamide is produced in the human body and certainly not at the levels that could be measured.

10. Is there a guideline stating the maximum limit for acrylamide in water?
According to the WHO Guidelines for Drinking-water Quality, concentration representing the tolerable risk to the health of consumer over a lifetime of consumption is 0.5 micrograms per litre in drinking-water. The level of acrylamide concentrations in drinking-water can be controlled by product specification.

11. Can we trust what the food industry tells us about how they prepare their processed foods?
The food industry recognized the implications of consumers perceiving their products as unsafe, as well as their liability in selling a product that is potentially harmful to the consumers. Monitoring by government will provide some levels of assurance for consumers on the safety of food products in the market and also verify claims by the food industry about how they prepare their processed products.

12. Is there any toxicology study about acrylamide?
According to World Health Organization and Food and Agriculture Organization (WHO / FAO), there is still considerable uncertainty mechanism of the toxicity of acrylamide and the assumptions used to compare the most relevant extrapolation of animal study to human. The toxicological studies should continue to reduce this uncertainty particularly of the intake assessments. Acrylamide in food will be reevaluated when results of an ongoing toxicology studies become available.

13. What should consumer do? Do we stop eating potato chips, kerepek, maruku and all foods prepared at high temperatures above 120°C?
Ministry of Health advises Malaysians to live healthy lifestyle and eat balanced and healthy diets, which include fruits and vegetables. They should also eat fried and fatty food in moderation.

source: MOH

Tuesday

ASAM TEMPOYAK PUCUK UBI BERSAMA BEBOLA DAN TOFU IKAN



Bahan – bahan :
Bebola ikan (Mushroom)
Tofu ikan (Mushroom)
20g bawang putih
30g bawang merah
30g kunyit hidup
10g ikan bilis
3 sudu besar tempoyak
500ml air
50 ml santan
2 batang serai
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
Pucuk ubi


Cara-cara menyediakan :
  1. Bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan ikan bilis dikisar.
  2. Kemudian, bahan – bahan yang dikisar dimasukkan ke dalam periuk bersama air, tempoyak, dan santan. Kacau sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan bebola ikan, tofu ikan dan pucuk ubi. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
  4. Hidangkan di dalam mangkuk siap dimasak.



Sambal Hijau Bebola dan Tofu




Bahan-bahan:
Dikisar:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
20gm belacan
8 biji cili besar hijau

Bahan-bahan lain:
10 biji bebola ikan goreng
5 biji tofu ikan
20gm / 20ml air asam jawa
Garam
Stok ayam
Ikan bilis (goreng)
Bawang besar (dihiris)
Minyak untuk menumis


Cara-cara menyediakan:
  1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar sehingga hancur.
  2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga masak (pecah minyak).
  3. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan bebola ikan goreng dan tofu ikan, kacaukan dan selepas itu masukkan garam serta stok ayam secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah dihiris tadi. Kacaukan sehingga masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.




Thursday

perempuan dan lelaki: soal perasaan


tahu tak kenapa asyik perempuan je yang nak kena faham lelaki??
kenapa lelaki susah nak faham perempuan??

kadang-kadang kan bila perempuan ada masalah, 
lelaki selalu tak faham..

bila perempuan bagi alasan untuk sesuatu perkara,
lelaki suka salah faham dengan alasan tersebut..

kadang-kadang bila perempuan sedih,
lelaki suka mendesak untuk ceritakan masalah sebenar.

bila perempuan marah,
lelaki tak akan faham dan dia akan marah perempuan semula..

bila perempuan ikhlas dengan lelaki,
lelaki pula yang selalu curiga..

bila perempuan merajuk,
ada lelaki yang ego dan biarkan.. 
ada juga lelaki yang marah dengan alasan perempuan tersebut macam budak-budak..

bila perempuan diam,
ada lelaki fikir itu tandanya dia menipu..
ada juga lelaki yang curiga..

kenapa lelaki suka bersikap seperti ini??
kadang-kadang lelaki tak sedar yang perempuan selalu ingin menjaga hatinya...
lelaki suka bersikap kasar dengan perempuan..
walaupun sekeras mana pun perempuan tu,
perempuan tetap perempuan..
memang lumrah setiap perempuan berjiwa sensitif..
mereka tidak boleh dilayan seperti lelaki...



EH..TAK PASAL copy ayat2 nie....tula...pengaruh berita dalam tv...suami dera isteri kat kedai...ish2

Pau Panas Warna-warni




Majalah Saji


Makin hari makin banyak pula kerja aku kat ofisni. Pastu semua kerja semua nak URGENT URGENT URGENT.  Sabar je laa…takde yang tak urgent.semuanya urgent urgent belaka…ngeng kepala otak aku mcm ni. Haaa… ada gak klik aku minta tolong sediakan resepi untuk post kat majalah SAJI. Atenye pun, reti sgt la aku nak sediakan resepi kat orang…hehe… sebelum ini hanya tengok resepi orang lain je dalam majalah, la ni pulak kena sediakan untuk orang ramai..hikhik…macam best pulak. Kot2 kalau ada yang nak beli majalah SAJI bulan SEPTEMBER sampai Januari tahun depan jagan lupa praktis resepi resepi yang disediakan setiap bulan tu tau..kikiki…. lantak korang la kalau tak sedap…. :P

Gangnam Style


Sekarang ni tengah kecoh dengan tarian GangnAM StYle oleh PSY dari NeGARA Korea. First time aku tengok video klip sebab ada terbaca status seorang kawan kat Fb yang gangnam style ni best dan kelako..aku pun apa lagi…dengan lajunya jari jemari panjang ni menaip GANGNAM STYLE kat YOU TUBE.COM..


Oh deng…buffer plak..takpela….aku pun tunggu sampai hilang buffered earning tu….then barulah dapat tengok…


First impression aku … haha…awat si gemuk ni menari terkangkang…..? oh….patotla…wat tarian kuda….. tapi kenapa tak sama pon dengan tarian kuda kepang Malaysia? Hihihi… okla,,,not badla video klipnya…tapi ada jugak tunjuk yg sensored sensored…tak sesuai kalau budak-budak tengok hokeayh!


Music nya rancak… happy…ada tarian yang pelik and kelakau…dengan klip video yang colourful…mungkin itu jadi pelaris untuk lagu ni…kannnn…?
Okla…nak layan lagu sepohon kayu kat you tube kejap…huhuhu

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..