KLIK DI SINI!

Wednesday

Bahan Pewarna (Cochineal)


Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam. Muzakarah telah bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006%

Keterangan/Hujah: 
 Cochineal ialah bahan pewarna yang diambil dari sejenis serangga kecil. 
Serangga ini direbus (menghasilkan warna merah perang) atau dipanggang dalam ketuhar panas (menghasilkan warna kelabu) atau atas kuali panas (menghasilkan warna hitam) dan kemudian dikeringkan. Lima (5) kilogram serangga cochineal dapat menghasilkan satu (1) kilogram pewarna carmine. 

 Cochineal berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Penggunaannya dalam makanan setelah diposterurkan amat sedikit iaitu dengan kadar 0.003% - 0.006%.

Penggunaan cochineal didapati boleh membunuh mikrob-mikrob yang beracun dan ia tidak merbahaya kepada manusia dan juga tidak memberi kesan sampingan.

Mengikut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah dalam Hasyiah I’anah al-Talibin, Juzu’ 1, halaman 89-90, penggunaan serangga ini adalah dibolehkan memandangkan ia merupakan jenis binatang yang darahnya tidak mengalir.

Penggunaan serangga ini sebagai sumber bahan pewarna tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh memudharatkan. Berdasarkan kaedah asal di dalam hukum Islam di mana “Asal setiap sesuatu itu adalah harus”, maka ia boleh digunakan selagimana tidak mendatangkan mudharat dan dikawal.



sumber gambar: mr. google

“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya” – (Hamka)

1 comment:

Hendra Musonif said...

tumpang lalu>>>
http://maharajalelap.blogspot.com/

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..