KLIK DI SINI!

Wednesday

Bahan Pewarna (Cochineal)


Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam. Muzakarah telah bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006%

Keterangan/Hujah: 
 Cochineal ialah bahan pewarna yang diambil dari sejenis serangga kecil. 
Serangga ini direbus (menghasilkan warna merah perang) atau dipanggang dalam ketuhar panas (menghasilkan warna kelabu) atau atas kuali panas (menghasilkan warna hitam) dan kemudian dikeringkan. Lima (5) kilogram serangga cochineal dapat menghasilkan satu (1) kilogram pewarna carmine. 

 Cochineal berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Penggunaannya dalam makanan setelah diposterurkan amat sedikit iaitu dengan kadar 0.003% - 0.006%.

Penggunaan cochineal didapati boleh membunuh mikrob-mikrob yang beracun dan ia tidak merbahaya kepada manusia dan juga tidak memberi kesan sampingan.

Mengikut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah dalam Hasyiah I’anah al-Talibin, Juzu’ 1, halaman 89-90, penggunaan serangga ini adalah dibolehkan memandangkan ia merupakan jenis binatang yang darahnya tidak mengalir.

Penggunaan serangga ini sebagai sumber bahan pewarna tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh memudharatkan. Berdasarkan kaedah asal di dalam hukum Islam di mana “Asal setiap sesuatu itu adalah harus”, maka ia boleh digunakan selagimana tidak mendatangkan mudharat dan dikawal.



sumber gambar: mr. google

“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya” – (Hamka)

ISTILAH-ISTILAH BAGI ARAK DAN YANG MENGANDUNGI CAMPURAN ARAK


1. Wine : Hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur

2. Beer : Hasil fermentasi gandum atau barley

3. Wiski :Hasil fermentasi bijian/gandum/jagung/barli

4. Brandy :Sejenis ark yg dihasilkan hasil penyulingan wine mengandungi

5.Cocktail :Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international).

6. Cider : Hasil fermentasi epal

7.Rum : Hasil fermentasi tebu

6. Tuak :Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)

7. Mojito :Cocktail yg dihasilkan daripada campuran rum, gula, pudina, lime dan sparkling water.

8. Spirits : Istilah umum bagi arak/ minuman beralkohol

9. Liquor : Istilah umum bagi arak / minuman beralkohol

10.Pinacolada : Sejenis cocktail berasaskan jus nenas yang mengandungi rum.

11. Gin :Sejenis arak daripada buah 'juniper berries'

12. Bitters :Minuman beralkohol dengan mempunyai rasa pahit (bitter) daripada herba-herba.

13. Nasih , Baa atau b'a, Nasih , Kinomol , Lihing ,Bahar :merupakan nama lain bagi arak beras atau tuak dalam bahasa Kadazan. 1/3

14. Tequila : Minuman beralkohol yg dihasilkan daripada 'blue agave plant'

15. Margarita : Sejenis cocktail yang mengandungi tequila dengan campuran orange-flavoured liqueur dan lime atau lemon juice, selalunya dihidangkan dengan garam pada 'glass rim'.

16.Champagne : Adalah Sparkling wine, hasil fermentasi wine pada tahap kedua

17. Sake : Hasil fermentasi beras.

18. Mirin : Sejenis rice wine yang digunakan dalam masakan.(teriyaki sos mengandungi mirin)

19. Todi : Arak hasil daripada air kelapa (palm wine)

20. Scotch : Sejenis wisky dihasilkan di Scotland


PERBINCANGAN
Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 

1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis. 

2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
 3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum. 

4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. 

5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum. 

6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%. 

7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..