KLIK DI SINI!

Wednesday

Pesawat terbang guna cahaya matahari?

Sebuah pesawat tenaga solar mendarat di Rabat, ibu negara Maghribi, awal pagi ini selepas berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dari Sepanyol untuk menjadi pesawat pertama seumpamanya merentas benua menggunakan tenaga matahari. 

Pesawat dipandu ahli fizik dan pengendali belon panas, Bertrand Piccard, 54, dari Swiszerland mendaratkan pesawat yang dikenali Solar Impulse tepat jam 11.30 malam waktu tempatan ketika bulan penih di Lapangan Terbang Rabat Sale.
Ketibaannya disambut pegawai Agensi Tenaga Solar Maghribi (MASEN).
Pendaratan pesawat berkenaan turut ditayangkan secara langsung menerusi laman web solarimpulse.com. 

Pesawat berkenaan akan berada di Rabat untuk lima hari lagi sebelum berlepas ke Ouarzazate di selatan Maghribi bagi upacara pelancaran loji janatenaga solar terbesar oleh Raja Mohammed VI. 

Pesawat solar berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Barajas, Madrid, jam 5.22 pagi waktu tempatan. - AFP


Rujukan: berita

No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..