KLIK DI SINI!

Wednesday

Perkhidmatan Kesihatan Percuma!

KUALA LUMPUR: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif percuma bermula 17 hingga 23 Jun ini sempena sambutan Hari Bapa 2012. 

LPPKN, dalam satu kenyataan hari ini, berkata tawaran perkhidmatan selama seminggu itu bertujuan menghargai jasa dan pembabitan kaum bapa dalam pembangunan kanak-kanak.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah kaedah perancang keluarga (kecuali implanon), saringan kesejahteraan wanita dan lelaki yang terdiri daripada tekanan darah, indeks jisim badan, ujian glukosa dan kolestrol, pemeriksaan payudara, 'pap smear' dan testis serta kaunseling individu dan keluarga.
Perkhidmatan boleh didapati pada hari bekerja di semua Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. - BERNAMA


Rujukan: Berita

No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..