KLIK DI SINI!

Saturday

Tak Sedar main video dekat mayat

TAIPEI: Kejadian seorang lelaki tempatan maut ketika bermain permainan video di sebuah kafe internet tidaklah begitu mengejutkan kerana kes yang sama pernah berlaku di tempat lain. 

Apa yang menghairankan, berpuluh-puluh orang lain terus leka bermain permainan video selama beberapa jam tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang duduk berhampiran mayat, kata polis, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Chen Rong-yu yang berusia 23 tahun, masuk ke sebuah kafe internet di bandar New Taipei malam Selasa lalu.
Seorang pelayan yang memeriksa, mendapati lelaki itu sudah tidak bernyawa namun masih duduk di kerusi permainan video sambil mendepangkan tangan pada malam berikutnya, kata polis. 

Pelayan itu memberitahu pihak berkuasa, kali terakhir dia melihat mangsa bercakap adalah pada tengah hari Rabu apabila berbual dengan telefon. 

Maknanya, mayatnya duduk di kerusi itu selama sembilan jam tanpa disedari 30 pengunjung lain. 

Satu siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung kerana keadaan dalam kafe yang agak sejuk. 
Siasatan juga menunjukkan dia bermain permainan video itu selama 23 jam tetapi pekerja kafe tidak bimbang dengan keadaannya kerana Chen sering berhenti untuk berehat apabila berasa letih. 

Chen bermain permainan yang diberi nama ‘League of Legends.’ 

Keluarganya memberitahu penyiasat bahawa dia sudah menjalani rawatan masalah jantung pada September lalu. 

Polis pula mengesyaki beberapa faktor menjadi sebab dia diserang sakit jantung selain keadaan sejuk iaitu keletihan dan kurang bergerak hingga membawa kepada darah beku seterusnya angin ahmar.

No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..