KLIK DI SINI!

Saturday

Hindari Buruk Sangka

KITA tidak boleh mengawal hati orang lain. Apa yang hendak mereka kata dan fikir semuanya di luar jangkaan kita. Ilmu dan kehendak mereka yang akan melantunkan tindakan serta perangai.


Jika baik hati mereka, baiklah cakap, layanan dan sangkaan mereka tetapi jika hati mereka kotor, maka tindakan akan menterjemahkan segala hitam yang bersarang di kotak hati itu. 
Kadangkala, kita sudah lakukan yang terbaik tetapi mereka kata kita main-main. Kita sudah berubah menjadi baik, mereka kata hendak menunjuk-nunjuk. 


Kita lakukan dengan ikhlas, mereka kata ada ‘udang di sebalik batu’. Rasanya kita sudah boleh agak apa perasaan jika berada dalam situasi begitu.


Tentu marah bukan? Justeru, kita perlu banyakkan bersabar dan bertenang kerana yang mengukur baik dan buruk bukannya manusia. Yang memberi kehidupan bukannya mereka kerana manusia tidak ada kuasa.


Hanya Allah s.w.t yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Dialah yang ukur kebaikan kita, memberi rezeki dan memberi kehidupan kepada kita. 


Allah yang Maha Kuasa jugalah yang melarang buruk sangka (suu’ zann). 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada buruk sangka kerana buruk sangka ialah seburuk-buruk berita.” 


Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring. Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir. 


Jika hati yang berbaur dosa dan dengki mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan ini mesti pakai susuk. Jika ada yang berpakaian cantik dikatanya ini mesti hendak menunjuk-nunjuk. 


Tetapi jika pakai selekeh pula dikatanya ‘memang selekeh betul.’ Jika ada yang pakai barang kemas dikatanya ‘sengajalah tu hendak tunjuk kaya.’ Jika tidak ada apa-apa pada tangan dikata pula sebagai orang miskin. 


Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong. Memang manusia punya hak untuk bersangka. 


Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmonis, disenangi dan mudah dapat kawan. Jika sangkaan buruk, jiwa sendiri yang sengsara. 


Hati sakit saja. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata, semua tidak kena. Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan. 


Tabiat sangka buruk terkena kepada semua golongan. Yang tua dengan cara dan kepakarannya manakala yang muda dengan kehangatannya. 


Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita. Lihat sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya menaiki seekor keldai. 


Dalam perjalanan orang kata: “Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu.” Selepas itu. Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah. 


Orang kata juga: “Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.” Tukar posisi pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah. Orang kata juga, anak apa itu buat ayah dia macam hamba. 

Justeru, cara terbaik ialah merawat penyakit buruk sangka ini. Di sini disarankan beberapa cadangan antaranya: 

Berbaik sangka dengan semua orang. Tafsirkan segala yang kita lihat dengan positif. 


Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan ancaman azab Allah dengan buruk sangka. 


Sucikan hati dengan memperbanyakkan zikir. 


Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. 


Melakukan muhasabah diri.

Bayar duit kereta di mesin ATM

Hanya guna ATM AMBANK yang terdapat di mana mana sahaja. Ini termasuklah di 7 Eleven yang mempunyai AMBANK ATM. Anda  boleh bayar pinjaman kereta anda tanpa sebarang masaalah. Walaupun kad bank anda bukanlah kad AMBANK  iaitu anda menggunakan akaun bank lain.


Caranya,  masukkan kad ATM dan masukkan login anda seperti biasa. Kemudian, cari bahagian sewa beli. Klik di bahagian pinjaman kenderaan. Piliih samada menggunakan  nombor kenderaan atau nombor akaun pinjaman untuk membuat bayaran. Bagi saya nombor  kenderaan lebih mudah untuk di ingat berbanding nombor akaun pinjaman anda. Taip nombor kenderaan tersebut. Nama pemilik kenderaan tersebut akan keluar di paparan ATM tersebut.  Seterusnya, masukkan amaun bayaran yang anda mahu  bayar.  Anda tekan sahaja next untuk meneruskannya. Siap!..

LOVE QUOTES

If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don’t, they never were
~Anon~

Love is like a beautiful flower which I may not touch, but whose fragrance makes the garden a place of delight just the same.
~Helen Keller~

Love takes off masks that we fear we cannot live without and know we cannot live within
~James Baldwin~

Where there is love there is life
~Mahatma Gandhi~

At the touch of love everyone becomes a poet
~Plato~

Love is a never ending feeling.
~Adeil Prince~

Love can sometimes be magic. But magic can sometimes just be an illusion
~Javan~

Entri Asal Di Sini : http://hazissac.blogspot.com/2011/04/koleksi-madah-cinta-love-quotes-english.html#ixzz1m2UX1HHn

Saturday

Pelamin Mana Yang Cantik












Kahwin atau kerja dahulu??





Kerja atau bina istana mana lebih utama? 

LEBIH empat tahun Razali dan Sofea menyulam cinta, ketika sama-sama menuntut di universiti. Usai pengajian, masing-masing riang menggenggam segulung ijazah. Bagaimanapun Razali jadi buntu bila dua persoalan bermain dalam fikirannya.

“Terus berkahwin sebab semua rakan sekuliah nak mewujudkan kembali trend berkeluarga muda? Atau kerja dulu sebelum kahwin? Kalau lambat masuk meminang Sofea dikebas orang pulak? Aduh melepas pula nanti. Macam mana ye?,” gerutu Razali dalam hati.
Razali tidak bersendirian menghadapi situasi ini. Ramai lagi orang muda di luar sana, berhadapan persoalan sama. Antara berkahwin terus selepas tamat pengajian atau bekerja dulu. Masing-masing punyai alasan tersendiri sama ada terus berkahwin selepas tamat pengajian atau memilih untuk bekerja dulu sebelum membina keluarga bahagian impian hati. Bagaimana dengan anda? 

PAKAR Motivasi, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata antara bekerja dan berkeluarga, kedua-dua perkara itu amat mustahak dalam kehidupan manusia. 

Bagaimanapun, sekiranya berbicara aspek sosiologi dan senario hari ini, individu tidak boleh menafikan asas utama kepada keharmonian rumah tangga dan pasangan hari ini ialah tidak lagi boleh berpegang secara total terhadap perasaan cinta dan kasih sayang yang menentukan kebahagiaan rumah tangga. 

“Senario semasa mahu setiap individu mantap dari segi ekonomi terutama memiliki pekerjaan. Kerja tetap kurang risiko diberhentikan berbanding tiada kerja tetap. Mantap ekonomi bukan bererti ada berpuluh ribu dalam akaun, sebaliknya bergantung kepada siapa, di mana dan bila,” katanya. 
Siapa - ia bergantung kepada latar belakang individu. Sekiranya memiliki pendidikan rendah dan gaji rendah, pilihan sewajarnya haruslah daripada kelompok yang sama juga. Kalau pasangan dipilih daripada anak orang berada, ia boleh menjadi satu bebanan kerana selalunya akan timbul konflik. 

Di mana - membabitkan lokasi anda tinggal? Kalau di ibu kota, secara automatik perbelanjaan menjadi tinggi. Sekiranya gaji sekadar ‘cukup makan’ untuk seorang, lebih baik ditangguhkan dulu hasrat berkahwin kerana ia boleh menimbulkan masalah kemudian hari. 

Bila - pada tahun 1980-an, amat terhad kemudahan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) termasuk telefon dan pelbagai gajet. Namun, era ini, ia bagaikan satu keperluan dan kemestian. Mahu atau tidak sesebuah keluarga itu mesti memilikinya. 

Justeru, Dr Mohammad Shatar yang juga Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kombinasi tiga perkara itu menjawab persoalan ‘kemantapan ekonomi’ individu untuk sama ada terus bergelar suami, isteri atau mencari pekerjaan selepas tamat pengajian. 

“Diri sendiri saja yang tahu jawapannya dan arif mengenai kemampuan diri. Kalau berkahwin atas desakan orang lain atau mengikut trend atau takut kawan mengusik, maka ia hanya mengundang kepayahan diri sendiri,” katanya. 

Menyentuh aspek sosiologi, Dr Mohammad Shatar menjelaskan tali pengukur kesesuaian usia berkahwin kepada lelaki dan wanita, masing-masing ialah 25 dan 23 tahun kerana pada usia berkenaan, kedua-dua golongan itu sudah mencapai tahap matang. 

“Rasional angka itu, mengikut ahli psikologi, mendapati lelaki bawah usia 25 tahun lebih emosi dan tertarik kepada wanita atas faktor tarikan seksual, selain kurang bertanggungjawab atau memberi komitmen lebih serius. 

“Jika perkahwinan terlalu awal, khususnya kepada lelaki, apabila berlaku masalah dalam rumah tangga suami akan merasa bosan. Bila matlamat berkahwin itu pun sudah tersasar, mulalah timbul pelbagai alasan termasuk ‘bermain kayu tiga’,” katanya. 

Psikologi membuktikan tarikan antara lelaki dan wanita berlaku sejak individu masih muda. Ketika di sekolah rendah tarikan terhadap seseorang atas dasar rupa paras. Pada peringkat sekolah menengah pula tarikan kepada berlainan jantina menjurus kepada terikut dengan aliran. 

Pada usia 25 tahun ke atas, barulah lelaki muda lebih mempunyai fokus, lantaran angka usia tidak boleh diketepikan dalam hal membabitkan perkahwinan. 

Beliau menyarankan pasangan muda yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga awal seharusnya membuat persediaan mental dan fizikal selain mesti ada pekerjaan. 

“Selepas sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja, barulah terfikir kahwin. Ini kerana dunia pekerjaan akan mendedahkan kepada pelbagai perkara termasuk pengurusan kewangan yang kelak boleh dipraktikkan dalam alam rumah tangga,” katanya. 

Pada masa sama, beliau turut menggesa golongan muda membuat simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 pada setiap masa sebagai persediaan waktu kecemasan. 

Malah, cuba elakkan membuat pinjaman semata-mata untuk berkahwin, tetapi jika jalan buntu mungkin boleh namun jangan terlalu banyak. 

“Kalau buat pinjaman hingga mengambil tempoh 20 tahun untuk dilangsaikan, bukankah ia beban? Lebih baik buat majlis ikut kemampuan,” katanya. 

Membina rumah tangga seharusnya disertai dengan sikap tanggungjawab. Tanya pada diri ‘mengapa saya perlu berkahwin?’ dalam usia muda. 

Dr Mohammad Shatar menegaskan jika remaja sudah bersedia segala-galanya pasti semuanya perancangan dalam kehidupan berumahtangga berjalan lancar tanpa sebarang kekalutan atau masalah. 



Sumber: Berita Harian

Tak Sedar main video dekat mayat

TAIPEI: Kejadian seorang lelaki tempatan maut ketika bermain permainan video di sebuah kafe internet tidaklah begitu mengejutkan kerana kes yang sama pernah berlaku di tempat lain. 

Apa yang menghairankan, berpuluh-puluh orang lain terus leka bermain permainan video selama beberapa jam tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang duduk berhampiran mayat, kata polis, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Chen Rong-yu yang berusia 23 tahun, masuk ke sebuah kafe internet di bandar New Taipei malam Selasa lalu.
Seorang pelayan yang memeriksa, mendapati lelaki itu sudah tidak bernyawa namun masih duduk di kerusi permainan video sambil mendepangkan tangan pada malam berikutnya, kata polis. 

Pelayan itu memberitahu pihak berkuasa, kali terakhir dia melihat mangsa bercakap adalah pada tengah hari Rabu apabila berbual dengan telefon. 

Maknanya, mayatnya duduk di kerusi itu selama sembilan jam tanpa disedari 30 pengunjung lain. 

Satu siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung kerana keadaan dalam kafe yang agak sejuk. 
Siasatan juga menunjukkan dia bermain permainan video itu selama 23 jam tetapi pekerja kafe tidak bimbang dengan keadaannya kerana Chen sering berhenti untuk berehat apabila berasa letih. 

Chen bermain permainan yang diberi nama ‘League of Legends.’ 

Keluarganya memberitahu penyiasat bahawa dia sudah menjalani rawatan masalah jantung pada September lalu. 

Polis pula mengesyaki beberapa faktor menjadi sebab dia diserang sakit jantung selain keadaan sejuk iaitu keletihan dan kurang bergerak hingga membawa kepada darah beku seterusnya angin ahmar.

Salam Maulidur Rasul



Menurut catatan sejarah, peringatan maulid Nabi Muhammad SAW pertama kali diperkenalkan seorang penguasa Dinasti Fatimiyah (909-117 M). Jauh sebelum al-Barzanji lahir dan menciptakan puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Langkah ini secara tidak langsung dimaksudkan sebagai sebuah penegasan kepada khalayak, bahwa dinasti ini betul-betul keturunan Nabi Muhammad SAW. Setidaknya ada dimensi politis dalam kegiatan tersebut. Peringatan maulid kemudian menjadi sebuah upacara yang kerap dilakukan umat Islam di berbagai belahan dunia. Hal itu terjadi setelah Abu Sa'id al-Kokburi, Gubernur Irbil, Irak, mempopulerkannya pada masa pemerintahan Sultan Shalahuddin al-Ayyubi (1138-1193M). Waktu itu tujuannyauntuk memperkokoh semangat keagamaan umat Islam umumnya, khususnya mental para tentara yang lengah bersiap menghadapi serangan tentara Salib dari Eropa, yang ingin merebut tanah suci Jerusalem dari tangan kaum Muslimin.

Menurut sumber lain, orang pertama yang mencetuskan ide memperingati maulid Nabi SAW justru Malik Mudzaffar Abu Said, yang lebih dikenal sebagai Sultan Shalahuddin al-Ayyubi (orang Inggris menyebutnya Saladin). Pemuka Islam yang kharismatik ini pernah mengundang pujangga terkenal AI-Hafidz Ibnu Dahiah untuk enggubah naskah riwayat singkat perjuangan Nabi Muhammad SAW. Naskah itu kemudian diberi judul At-Janwir If Maulid al-Basyir an-Nashir dan Ibnu Dahiah diberi honorarium 1000 dinar. Peringatan maulid perdana yang diadakan oleh Malik Mudzaffar ternyata menimbulkan surprise pada banyak kalangan. Betapa tidak! Kala itu Malik mengundang para ulama, para sufi dan kalangan pemuka dan pembesar beserta masyarakat Islam lainnya untuk ikut menyemarakkan peringatan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW tersebut. Dalam peringatan besar-besaran itu di sembelih 5OOO ekor kambing, 1O.OOO ekor ayam dan dimasak 1OOO.OOO roti bermentega. Konon biaya keseluruhan peringatan itu mencapai 3OOO.OOO dinar, selain honorarium penulisan naskah di atas. (HA Fuad Said, Yayasan Masagung, 1985).


Dalam peringatan itu seorang sufi terkenal. Syekh Hasan Bashri berkomentar: “Seandainya saya memiliki mas sebesar bukit Uhud niscaya akan saya sumbangkan seluruhnya untuk keperluan peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW...." Banyak kalangan berpendapat bahwa ungkapan dan pujian tersebut tidak berlebihan kalau diukur dan dibandingkan dengan koberhasilan Nabi Muhammad SAW membawa manusia dari peradaban jahili menuju peradaban islami.

Al Quran memang tidak memerintahkan secara ekspiisit agar umat Islam mem peri ngati maulid Nabi Muhammad setiap tanggal 12 Rabiul Awal dengan perayaan atau seremonial tertentu. Allah dan RasulNya juga tidak memerintahkan umat Islam setiap tahun mem peri ngati hari Hijrah, hari Isra' Mi'raj, hari watat Nabi dan hari-hari bersejarah lainnya. Namun andaikata peringatan maulid Nabi itu diadakan dengan cara-cara yang islami dan dengan tujuan yang postif untuk syi'ar dan dakwah agama, tentunya perbuatan itu bukan termasuk bid'ah. Sebab yang dapat dikatakan bid'ah menurut kesepakatan Ulama hanyalah melakukan rekayasa dalam ibadah mahdhah, seperti shalat fardhu, sedangkan memperingati maulid Nabi Muhammad bukan termasuk ibadah mahdhah.
Firman Allah: "Semua kisah para Rasul, Kami ceritakan kepadamu; yaitu kisah-kisah yang derigannya Kami teguhkan hatimu;
telah datang kepadamu kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman." (QS Hud : 120)

Ayat ini memberi pengertian kepada kita, bahwa membaca dan membacakan kisah para Rasul Allah serta mengambil hikmah darinya, dapat meneguhkan iman kita. Dengan demikian, mengadakan peringatan maulid Nabi SAW dengan cara ]mengungkapkan kembali kisah perjuangannya termasuk manifestasi mengamalkan firman Allah tadi.
Pembaruan Pandangan Hidup
Nabi Muhammad merupakan sosok pemimpin yang diutus di tengah-tengah masyarakat 'barbar' yang sama sekali tidak mengenal kode etik kemanusiaan. Masyarakat kala itu tidak mempunyai pandangan hidup yang jelas. Akidah kabur, moral bejat, wanita hanya menjadi komoditi kepuasan natsu rendah dan serakah dan lain sebagainya. Tegasnya, abad itu di kenal dengan sebutan dark ages, di mana yang kuat menindas yang lemah, sementara yang berkuasa menunggang rakyatnya.

Dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW oleh Allah dalam waktu yang relatif singkat, yaitu 23 tahun (13 tahun di Makkah, 11 di Madinah), masyarakat Arab yang sama sekali tidak mengenal tatakrama kehidupan itu dengan izin Allah ternyata berubah secara drastis. Mereka ternyata bersatu. Yang semula menjadi lawan akhirnya menjadi kawan dan bersaudara di bawah panji-panji Tauhid, Juga yang semula kacau dan bermusuhan, akhirnya menjadi tenang dan damai. Yang semula takabur akhirnya menjadi rendah hati. Mereka dapat bersatu bukan karena faktor nasionalisme, tetapi karena faktor akidah, di bawah panji-panji Islam yang memiliki prinsip ajaran universal dan kosmopolitan (rahmatan lil 'alamin).

Tak berlebihan apa yang dikatakan Syekh Khaiil Yasin di dalam bukunya, Muhammad 'Inda al- Viama-ial-Harb, dengan mengutip pendapat George Toldes bahwa dengan datangnya Muhammad, kebiadaban dan keliaran bangsa Arab berhasil diatasi. Muhammad dengan agama yang dibawanya ternyata berhasil memberikan pancaran cahaya kepada jutaan hati
manusia sehingga mereka hidup damai dalam naungan kepemimpiriannya.

Keberhasilan Nabi Muhammad mengubah struktur kehidupan bangsa Arab bukan melalui ayunan pedang sebagaimana dituduhkan oleh orientalis Barat, tetapi dilatarbelakangi oleh kepemimpinan yang bijak bestari. Nabi benar-benar menjadi panutan (uswah) dan idola serta tumpuan umat. Sang tokoh yang kharismatik dan sempurna itu ternyata merupakan pemimpin yang amat demokratis sepanjang sejarah, bukan penganut 'sistem kebangsaan' yang sempit apalagi sukuisme (nepotis) yang picik. la tidak pernah memihak secara membabi buta terhadap siapa pun, termasuk terhadap putri kandungnya sendiri, Itulah antara lain tipologi kepemimpinan Nabi Muhammad SAW, pemimpin terbesar dan tersukses
sepanjang zaman.

Kesuksesannya dalam membawa panji-panji Islam tidak terletak pada singgasana yang gemerlapan, tetapi pada beberapa kekuatan dan keistimewaannya, antara lain phbadinya yang sederhana, merakyat (populis) dan bersahaja, tetapi sekaligus mengandung kekuatan dan pesona tersendiri. Berbeda dengan pemimpin-peminpin kaliber dunia yang tidak merakyat sehingga kurang dicintai rakyat, Nabi Muhammad SAW merupakan seorang pemimpin yang senantiasa merasakan suka duka kehidupan bersama rakyat yang dipimpinnya, sangat memahami aspirasi urhatnya dan selalu melayani mereka. la bukan tipe pemimpin yang berwatak menara gading seperti kebanyakan pemimpin dan penguasa, yang hanya pandai berbicara dan menyalahkan orang lain yang dianggap tidak sesuai dengan jalan pikirannya sendiri. Nabi SAW benar-benar mau berintegrasi dengan umat tanpa pandang bulu.

Suritauladan Yang TerbaikLebih dari itu, beliau selalu mengunjungi orang sakit tanpa memandang status sosial, di samping selalu ikut mengantar jenazah. Undangan dari budak untuk makan di gubuknya yang teramat bersahaja, biasanya takkan dilayani seorang penguasa. Tetapi Nabi Muhammad SAW justru melayaninya. Bahkan pakaiannya yang koyak dijahitnya sendiri, walaupun kalau ia mau, ia dapat saja menyuruh orang mengerjakannya. Kalau berjabat tangan, Nabi tidak pernah lebih dulu menarik tangannya dari genggaman tangan orang lain. Nabi juga tidak pernah berpaling sebelum orang lain berpaling darinya. Hal ini sesuai dengan apa yang diungkapkan
Al Quran: "Sungguh pada diri Rasulullah kamu dapatkan sun tauiadan yang indah, (ya'rtu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat)' Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" (QS al-Ahzab : 21)
Dengan demikian menjadi jelas bagi kita bahwa integritas Nabi Muhammad sebagai utusan Allah benar-benar mengagumkan, sehingga Khurshid Ahmad di dalam bukunya The Religion of Islam, tegas-tegas menyatakan; "Saya yakin seyakin-yakinnya bahwa kalau orang seperti Muhammad diserahi tanggung jawab sebagai pimpinan tunggal dunia modern ini, dia pasti akan berhasil memecahkan semua persoalan yang pada gilirannya akan membawa dunia ke arah perdamaian dan kebahagiaan...".
Juga tidak berlebihan apa yang dikatakan 
Michael H, Hart dalam bukunya, The 1OO : A Rangking on The Most Influential Person in History (1978): "He was the only man history who was supremely succesful on both the religious and secular level."

(Muhammad) adalah satu-satunya manusia dalam sejarah yang berhasil dengan gemilang, baik dalam bidang keagamaan maupun keduniaan). Komentar senada sebenarnya masih banyak sekali seperti komentar Sir Herbert Spencer (Inggris), Karl Henrich Baker (Jerman), Mahatma Gandi, Jawaharlal Nehru dan lain-lainnya. Tugas kita sebagai umat sekaligus pewaris agama yang dibawa Muhammad adalah meneladani secara kaffah segi-segi kepribadian dan kepemimpinannya untuk kita terapkan dalam kehidupan sehari-hari yang penuh tantangan ini.

Ajang Dakwah
Dalam hubungan ini, kalangan yang sangat anti terhadap kegiatan mengkaji perjuangan Nabi (peringatan maulid Nabi), dimohon semoga tidak mencaci maki atau mencela kegiatan tersebut, Sebab pekerjaan lain yang bermanfaat masih sangat banyak. Daripada saling mengejek sesama saudara seiman, tentu lebih baik saling mengingatkan akan ancaman musuh-musuh Islam yang terus menerus mengerogoti umat Islam. Sudah tiba saatnya sesama umat Islam tidak saling mencurigai, saling mengejek, saling membid'ahkan dan saling membenci. Sebaliknya sudah tiba saatnya sesama umat Islam dari berbagai aliran menyatukan langkah. merapatkan barisan dan berjuang saling bahu membahu untuk meraih kemajuan.

Berdakwah merupakan salah satu perintah Allah yang tak dapat ditawar-tawar. Untuk dapat melaksanakan dakwah, semua kesempatan perlu dimanfaatkan. Bahkan kalau perlu diciptakan. Sebenarnya peluang dakwah ada yang sudah diciptakan sebelumnya, di antaranya melalui momentum peringatan hari-hari besar Islam, termasuk peringatan maulid Nabi. Kenyataan membuktikan belum pernah terjadi orang jadi mabuk atau gila atau rusak akidahnya hanya karena ia menghadiri dan memperhatikan tausiah melalui peringatan maulid Nabi, Bahkan sebaliknya dari peringatan maulid Nabi, seseorang atau banyak orang mendapatkan pelajaran, yang nilainya dapat mereka terapkan di dalam kehidupan sehari-hari. Bahkan orang-orang yang setiap hari super sibukdan buta Islam sertatak sempat mempelajari Islam, bisa mengetahui banyak dari tausiah yang disampaikan pada peringatan maulid Nabi itu. Malah tak mustahil, seseorang langsung bertobat kepada Allah setelah mendengarkan tausiah yang benar-benar menghunjam ke dalam lubuk hatinya.

Melalui kegiatan peringatan maulid itu, masyarakat kembali diingatkan akan kelahiran seorang Nabi yang membawa manusia kepada keadaan yang terang benderang, dengan harapan memberikan kekuatan dan kesejukan jiwa kepada semua komponen masyarakat. Banyak pesan-pesan islami dapat disampaikan melalui peringatan maulid. Dan terkadang, di penghujung acara, dilakukan pemberian santunan untuk kalangan fakir miskin dan anak-anak yatim piatu yang tak mampu. Bukankah ini merupakan manifestasi dari perintah membantu fakir miskin dan kaum lemah lainnya? Yang dilakukan dalam memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW itu bukan hura-hura, tetapi umat Muslim berkumpul untuk mendengarkan pembacaan Al Quran, membaca kembali kisah-kisah perjuangan Rasulullah SAW, mukjizatnya, akhlaknya yang mulia dan seterusnya, Tujuannya antara lain adalah agar umat dapat meneladani sifat-sifat terpuji Rasulullah tersebut dan mengamalkannya secara nyata dalam kehidupan sehari-hari. Sebab pribadi dan kepemimpinan Nabi menjadi sangat relevan diterapkan pada masa sekarang. Bahkan bila dilaksanakan sungguh-sungguh oleh semua pribadi Muslim, maka akan membantu bangsa ini keluar dari keterpurukan.

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..