KLIK DI SINI!

Thursday

Bersangka baik

SENTIASA Bersangka Baik. Sesiapa jua yang kita fikirkan, fikirlah yang baik-baik saja tentang dirinya walaupun dia musuh ketat kita atau dia pernah menyakitkan hati kita. Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang. Ada yang membuat kita menyampah, ada yang membuat kita suka. Biasanya, kita akan lebih mengingati perangai mereka yang menyakitkan hati kita.

Hati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun kepada fikiran positif kita. Sikap begini membuat minda terlatih ke arah fikiran negatif. Untuk mengubahnya, fikirlah hanya yang baik-baik tentang sesiapa saja walaupun kita tidak begitu gemar sikap atau tabiatnya.

No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..