PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka model baru Myvi 1.5 liter yang akan mula dibuka untuk tempahan 12 September ini akan menyumbang kepada kira-kira separuh jualan bulanan daripada 8,000 unit model Myvi sekarang.
GAMBAR MYVI 1.5 EXTREME
GAMBAR MYVI 1.5 EXTREME
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Myvi 1.5 L itu hanya dikeluarkan secara eksklusif bagi pasaran Malaysia dan disasarkan kepada eksekutif muda serta di bandar yang mahukan kereta yang sporty dan premium sesuai dengan gimik pengenalannya, ‘Lagi Power Lagi Best’.
PERODUA MYVI 1.5 BARU
PERODUA MYVI 1.5 BARU
Beliau berkata, tempahan bagi variasi premium dan sporty dibuka dari 12 September manakala harganya akan diumumkan pada hari pelancarannya dengan empat varian ditawarkan termasuk varian multimedia membabitkan transmisi manual dan automatik.
GAMBAR KERETA MYVI 1.5 EXTREME
GAMBAR KERETA MYVI 1.5 EXTREME
1.5L MYVI BARU EXTREME
“Model baru ini yang tersedia dalam lima warna akan tersedia di semua 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara dari 15 September dan pengenalan model ini hasil permintaan pihak tertentu yang mahu mendapatkan Myvi yang mempunyai kapasiti enjin lebih besar selain kejayaan Myvi 1.3 Liter edisi baru sebelum ini,” katanya, semalam.