KLIK DI SINI!

Sunday

Resepi Apam Polka Dot @ Apam Dot Dot Dot

Entri kali ni aku nak share resepi..
iaitu resepi Dot Dot Dot...haha...
ala...korang mesti dah kenal ngan kueh mueh ni punyerr... 
kueh apam polka dot...memang dah famous amous dah kueh ni skrg.. 
siap ada yang buat corak lady bird la...corak doraemon la... 

sooo....ni bahanbahan dan cara nak buatnye...

Bahan-bahan nya:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
3 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya (taknak gune pun tak apa)
Pewarna, ikut suka hati korang

Cara-caranya:
  1. Masukkan tepung gandum, gula, baking powder, ovallete dan telur ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Lepas itu, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan filling secukupnya.
  5. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah yer...~
  7. Dah siap, boleh la makan begitu sahaja!!!! >,<


(Actually apam aku dah dua kali tak menjadi, berkat kesabaran dan pengajaran dapat juga aku hasilkan yang betul punyer...hihihi)






No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..