KLIK DI SINI!

Wednesday

Tips Merajinkan Diri

Tadi aku ada terjumpa satu artikel yang memang sengaja aku search memandangkan diri aku ni yang semakin malas. cari punya cari so jumpa lah artikel ni... artikel tips menjadi rajin.. ehhh..korang ingat senang ke nak jadi rajin..?nak start jadi rajin tu susah tau..nak kekal jadi rajin pun susah tau..pasai apa? pasi kita ni mudah terpengaruh dengan hasutan shaiton2 di sekeliling kita ini. mudah nak tangguhkan kerja, mudah leka wat benda yang tak dak pekdah..takpe2..meh kite baca artikel ni sesame ek...semoga menjadi inspirasi untuk aku dan korang menjadi lebih rerajen.


Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Disini disenaraikan 5 tips yang boleh digunakan untuk menjadi rajin.

1. Tanya pada diri sendiri dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.

Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri kita. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda kita ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan. Jika sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan kita berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama kita berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat kita menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang diperolehi kesan daripada sikap rajin itu. Contohnya, membayangkan kita mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan tersebut, lalu ibu bapa menghadiahkan kita RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..

5. Akhir sekali senaraikan mengapa ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Jika ada tips tambahan, kongsi pendapat di ruang komen yerr...


2 comments:

KAMIHIDUP said...

tmbh satu lg. nak rajinkan diri kena malaskan kemalasan, heeeeeee. :)

yana said...

hehe..setuju laaaaaa!

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..