KLIK DI SINI!

Friday

Andai kau tahu wahai lelaki

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. 

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Perkataan Lazim Yang Sering Kaum Orang Perempuan Gunakan

FINE 
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh. 
LIMA MINIT 
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. 

TAKDE APA-APA 
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH! (dengan kening terangkat) 
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH (dengan kening biasa)
Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. 

MENGELUH YANG KUAT 
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'. 
MENGELUH YANG PERLAHAN 
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas. 
OKAY LAH 
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'. 

BUAT LAH 
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar. 
TOLONGLAH Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. 

TERIMA KASIH 
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK 
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Kredit - Halizawati Bt Bedihi

Kenali hati budi seorang lelaki

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara. 

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. 
Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang. 

1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak". Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?" 

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata. 

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan. 

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.  

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. 

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati. 

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa. 

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks. 

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya. 

10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita. 

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan". 

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka. 

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. 

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Kredit - Halizawati Bt Bedihi

Wednesday

Kenapa Korang Tak Perlu Kuruskan Badan

la ni dahbermacam macam ubat kurus ada di pasaran global. baguslah mcm tu sebab telah menunjukkan kemajuan teknologi dunia. tapi ada juga yang rasa semua tu tak perlu. kenapa sih?

awek atau pakwe korang pun gemuk jugak...

sebab faktor genetik seseorang...

korang takde penyakit walaupun bertubuh besar itu pun dah kira sgt bagus...

korang sangat suke hati sebab friends korang cakap korang kiut miut n for what nak pk kan kurus.

awek atau pakwe atau kawan korang tak kisah pasal kecomelan korang tu malah diusik usik manja pulak kan...

pasal badan korang dah memang kurus, nak buat apa kurus kering lagiee???

Thursday

Colourful CupCake!~





wah..kagum tak? kagum tak? colourful kan...? 
cantik tak cupcake nie? ari tu gi join bengkel cupcake/kek cawan. teringin nak belajar buat sebab memang tak pandai buat pun. so selepas memujuk rayu kawan baik iaitu Ainn...akhirnya terjebak juga nak juin bengkel ni. kena bayar rm5 jer...pastu leh dapat sijil..haha..pasni leh bangga dengan tunjuk sijil tu kat orang ramai padahal tak terer langsong!


Ain yang sedang bertungkus lumus mengemas meja. beliau ni memang pantang tengok 
sepah-sepah ni... ;p


Yeahhh..cik Yana pun nak posing gak dengan cupcake buatan suke hati


 seriously..kebanyakan peserta yang join bengkel tu memang tak pernah buat cupcake pun. nak wat corak-corak kat atas cupcake tu apatah lagi. menggigil tangan dibueknyer... Tengoklah sendiri corak-corak cupcake di atas...amat comey dan kreatif sekali kan? haha... susah jugak lah nak buat cupcake nie... salute la kepada mereka-mereka yang kreatif... takpe takpe...nanti eden akan menggilapkan kekreatifan den membuat kapkek ni...
pasti korang semua akan tergoda ngn kapkek den.. ;p

Cara Terbaru Mengorat Awekz

Hai... FEEEwiittt... Assalamualaikum..tak jawab dosa... 
ha..tula antara kata-kata yang sering dilemparkan oleh mamat2 tepi jalan bila nampak awek lalu...ehhh..kaum lelaki kat luar sana...ingat kitorang suka ke korang ngorat awek ngan cara mcm tu.. silap-silap mau dapat jelingan dari kaum perempuan. takpun dapat hadiah perkataan berbunyik macam ni..'Bongek!' 'Sengal!' 'Giler ke  apa'...luahan dari hati perempuan, tak keluar secara langsung, sebab agak tak sopan di situ yer..heee..


Hellooo..skrg dah maju kan? apa barang tegur2 macam tu jer....ce korang torai cara macam kat bawah nie..


1) Tgh nampak awek duduk sorang-sorang kat satu tempat, then ce korang tanya dia, jam kul bape ek? padahal time tu jam tgn korang ada je tersarung. hahaha...baik jgn..itu dah jadi taktik kolot okeyh...! patut simpan jam korang tu dalam muzium ajer.. lain kali ce la tanya, berapa ramai bf yang dia ada. kalau dia jawab, adalah dua tiga orang...boleh la terus offer diri jadik no empat. (giler!)


2) bunga? haa..perempuan memang suke no dengan bunga nie. ce bagi bunga kat dia. dia suke tak agak2? hah! bunga!? ingat i ni lebah madu ker?? lain kali bagilah tepon jenama lemon ke, juz berry ke, sejambak duit kertas merah ke... Dengan pantas awek itu melompat mintak didukung. (opss!)


3) pantun? syair? alo bro! tak main la sume tu..apa ke barang main benda2 tu. nenek atok kita leh la zaman hitam putih. sekarang ni zaman 3D HD kaler okeyh... ce lah korang keluarkan sekeping platinum ke, serangkap kad kredit hong leong bank ker..kompem beratur awek mari...


4) adik angkat? carrier brother carrier sister? ahak ahak ahak...tu zaman sekolah 90 an boleh la.... pe kate bagi pinjaman persendirian mcm ptptn tu ke..dah tak yah jadik adik angkat, jadi bakal bini nombor 4 pun adik angkat ko tu sanggup... (haish!)


haha...sanggup ke kaum lelaki nak try? tapi tulah dunia zaman sekarang..asyik nak mengejor ituuu ajer. bukan harta yang paling penting untuk sebuah perhubungan ataupun masa depan. yang penting, diri kita, niat kita hidup kat dunia ini. renung-renungkan dan selamat berblogging! :)







Ringkaskah Kita?

Dalam hidup masa sekarang ini, kalau boleh semua benda nak buat secara ringkas kan? Nak makan pun kena ringkas, nak berkomunikasi pun kena ringkas. Pendek kata, kalau boleh nak ringkas kan segala yang dah sememangnya ringkaslah untuk diri kita sekarang ini. Kita semakin menjauhi yang kompleks (padahal tak lah kompleks sangat pun) walhal minda kita sendiri sebenarnya yang kompleks terhadap sesuatu yang ringkas. maka...Ringkaskah kita?


1) Kita mahu cara yang ringkas...tapi solat lima minit yang ringkas dan mudah pun kita susah nak buat.


2) Kita nak berpakaian ringkas...tapi ihram yang lebih ringkas pun kita susah nak kenakan untuk ke tanah suci.


3) Kita mahu kerja yang ringkas...tapi kerja amal yang membolehkan kita dapat pahala secara ringkas pun kita tak terfikir nak buat


4) Kita mahu pergaulan yang ringkas...tapi kita lebih suka menyukarkan sesuatu pergaulan kerana meringkaskan budi bicara kita


5) Kita mahu makanan yang ringkas...tapi buah kurma yang ringkas susah nak amalkan, bila perlu waktu bulan Ramadhan jer...


Memang SeMpOIiiiii


Sekadar renungan...hehehe...



Wednesday

MALU LAH BILA...

Alamak..! malu giler weh....bila....





Bila tersilap tegur orang yang disangkakan member korang yang dah lama gile tak jumpa


Bila terjatuh di khalayak ramai, pastu cover2 muka


Bila tersalah masuk bilik air sebab dah tak tahan sangat nak terkucil. nak keluar malu, nak duduk dalam sampai tunggu orang takde tak sanggup la pulak...


Bila pakai spek hitam pastu korang terlanggar pintu kaca shopping complex. 

Bila selamba lembu je tersalah masuk kelas dan duduk di dalam kelas dengan rasa tidak bersalah dan mcam tak ada apa-apa yang terjadi.

Bila korang maki hamun kat mesin ATM sebab tak ada duit dalam akaun. Padahal memang engko takde duit pun..lom keje la katakan.

Bila naik motosikal atau kereta orang yang tak dikenali. Pastu kuar masuk semula kat kereta sendiri sambil ckp kat orang tu, sorry bang...saje nak try kereta abg...cantek sgt...

BUDAK-BUDAK SEKARANG BOLEH...

  • BOLEH TAK TAHU apa yang mak dia baru masak untuk makan tengah hari td.
  • BOLEH INGAT jalan cerita Oltromen yang minggu lepas
  • BOLEH BANGUN pagi di hari cuti tapi bila nak g skolah liat bebenor nak bangun
  • BOLEH LUPA kerja sekolah yang cikgu berikan
  • BOLEH MENJAWAB bila kena marah
  • BOLEH HABISKAN makanan ringan dengan cepatnya tapi kalau makan nasi haram...
  • BOLEH TUNTUT janji yang mak abah buat berbulan-bulan yang lalu...

BUDAK-BUDAK SEKARANG.....

Tips Merajinkan Diri

Tadi aku ada terjumpa satu artikel yang memang sengaja aku search memandangkan diri aku ni yang semakin malas. cari punya cari so jumpa lah artikel ni... artikel tips menjadi rajin.. ehhh..korang ingat senang ke nak jadi rajin..?nak start jadi rajin tu susah tau..nak kekal jadi rajin pun susah tau..pasai apa? pasi kita ni mudah terpengaruh dengan hasutan shaiton2 di sekeliling kita ini. mudah nak tangguhkan kerja, mudah leka wat benda yang tak dak pekdah..takpe2..meh kite baca artikel ni sesame ek...semoga menjadi inspirasi untuk aku dan korang menjadi lebih rerajen.


Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Disini disenaraikan 5 tips yang boleh digunakan untuk menjadi rajin.

1. Tanya pada diri sendiri dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.

Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri kita. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda kita ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan. Jika sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan kita berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama kita berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat kita menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang diperolehi kesan daripada sikap rajin itu. Contohnya, membayangkan kita mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan tersebut, lalu ibu bapa menghadiahkan kita RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..

5. Akhir sekali senaraikan mengapa ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Jika ada tips tambahan, kongsi pendapat di ruang komen yerr...


Tuesday

Best Ke ada JaMbang/Janggut?

Penampilan seorang lelaki bukan sahaja terletak pada gaya pakai baju, tapi kat keseluruhan. Ada org cakap, lelaki yang berjambang dan berkumis membuatkan seseorang itu nampak serabut dan tidak kemas. tetapi, dato siti ok jer terima dato k kan?...tp, tak semua beranggapan macam tu..sebab...40% wanita atau perempuan menggangap lelaki yang menyimpan jambang nipis atau aku suka panggil janggut sejemput adalah lelaki yang mempunyai sifat kelelakian yang kuat..( ye keeee?..) di samping itu, diorang lebih matang, agresif dan mempunyai daya penarik sendiri...

wah..tapi itu terpulang pada diri sendiri la kan? 
pe lagi, para arjuna di luar sana, sila lah simpan bulu2 di muka. ngeee~

persoalan...ramai ke perempuan suka lelaki berjambang/berkumis...?? hurm...


bagi aku?? hehehehe...





Monday

8 TIPS TANGANI TEKANAN

1) Tarik nafas sedalamnya dan hembus perlahan-lahan setiap kali bila berhadapan dengan masalah. jangan cepat melatah sebaliknya berfikir dengan tenang.

2)senaraikan beberapa cadangan kepada masalah kita. cuba selesaikan satu demi satu.

3) belajar berbicara tentang masalah yang hadapai dengan teman rapat atau insan yang boleh dipercayai. 

4) berikan masa untuk diri sendiri. Jadikan hari itu sebagai hadiah untuk lakukan apa saja demi menghiburkan hati.

5) senyum dan ketawalah. Jangan terlalu serius dalam setiap hal kerana ini juga akan membuatkan kita mudah tertekan.

6) mendengar muzik, membaca atau tontonlah filem jenaka supaya minda dapat bersantai

7) tak salah jika kita pergi bermain di pusat permainan yangterletak di pusat membeli-belah. after that, confirm kita akan rasa puas dan tenang lepas tu.

8) yang penting, for muslim, banyakkan berzikir setiap kali kita dilanda kerisauan. memohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita.

Friday

TAKUT LIRIK




ku tahu kamu bosan, ku tahu kamu jenuh
ku tahu kamu tak tahan lagi
ini semua salahku, ini semua sebabku
ku tahu kamu tak tahan lagi
(jangan sedih, jangan sedih
aku pasti setia)

reff:
aku takut kamu pergi
kamu hilang, kamu sakit
aku ingin kau di sini
di sampingku selamanya

(jangan takut, jangan sedih
aku pasti setia)

repeat reff

aku ingin kau di sini
di sampingku selamanya

aku takut (jangan takut) kamu pergi (takkan pergi)
kamu hilang (wooo), kamu sakit
aku ingin (aku juga) kau di sini (bersamamu)
di sampingku (di sampingmu) selamanya

Lirik Lagu Rossa Ku Menunggu



ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu
cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu



(wahh...tk ptot tol lirik lagu ni..)

Tuesday

Kopi jantan vs kopi ___?

Tadi terdengar satu perbualan kat 1 stesyen radio ni…best jugak dengar sebab diorang bincang pasal penjualan kereta…td aku dengar la…kereta bmw dengan mercs…mana satu yang elok…kereta perodua…kalau nak beli tanpa downpayment..berapa kena bayar untuk sebulan.. kereta Honda dan kereta Toyota…akan dibincangkan untuk perjumpaan akan datang pula. Tetiba..diorang dok borak2 macam2 terkeluar la pulak topic pameran hantu yang kat kuala Terengganu tu..sepatutnya benda2 macam itu tak perlu diperbesarkan…kemudian, tetamu jemputan itu cakap.. saya minum kopi jantan, nasib baik tak minum kopi betina..weh….tergelak aku dengar..hampeh tol…dj tu pulak sambung..kopi betina takde..kopi mak dare ade…tetamu: bukan kopi mak dare la..kopi janda…ehh..apadaa diorang tu duk cakap sal kopi lak…x paham aku.
Ps: aku minum kopi gano…ko minum??

bahasa inggeris & semangat patriotik

tadi aku ada terdengar satu soalan dari seseorang...katanya...Sesiapa yang menguasai bahasa inggeris tidak akan luntur semangat patriotik sebab sekarang bahasa inggeris menguasai dunia. Ya atu tidak?

Pendapat: kalau kita menguasai bi ke tak menguasai bi ke… takde masalah asalkan jgn ada minda penjajah dalam diri kita. aku tak setuju kot…asalkan kita tahu mana asal kita, jati diri kita dah cukup untuk membuktikan semangat patriotik kita. Sebenarnya menguasai sesuatu bahasa itu merupakan suatu kelebihan bukan satu ukuran dalam menentukan semangat patriotik seseorang.
Ada satu cerita, ada sorang ni dua rakan karib, seorang, org Kelantan sorang lg orang Perlis. Yang  orang Perlis tak terrer ngat ckp bi. Orang Kelantan ni ajak ler kawan dia itu pergi Kota Bahru tengok wayang. “ang nak tgok cita apa ni?’’ aku nk tengok cerita bi. Tajuk dia “The nae with the golden gang’’(loghat klate). “Ang ni ckp bahasa inggeris tinggi ngat. Ce ang tulih. Dah 10 kali ckp aku tak paham.” “Hok aloh~” Oooo..ropenya “The man with the golden gun”… ish3…. (apa kaitan cite ni ngan semangat patriotik)? lu pikirlah sendiri..ngeeee~

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..