KLIK DI SINI!

Sunday

Angkara bosan

hurm...best jugak bila bosan-bosan ni kita layan lagu-lagu nasyid... sambil buat kerja sambil layan lagu nasyid dapat jugak memberi kesedaran kepada diri yang serba kekurangan ni. huhu...


sambil-sambil tu boleh berzikir sambil buat kerja...dapat gak pahala...insyaallah...banyak dah lagu nasyid sekarang ni...lagu nasyid zaman2 raihan rabbani pun still tak bosan nak didengar...nak-nak sekarang dah ada maher zain, opick dan lain2...best2...


kadang-kadang tak kenal pun siapa penyanyi nasyid tu, tapi bila dah dengar lagu diorang...amat menyentuh perasaan...amat memberi kesedaran...


anak-anak muda zaman sekarang rajen ke nak dengar lagu-lagu nasyid ni eh? kalau ada pun ramai yang dengar metallica la, the strokes la...mau sakit strok kalau dengar lagu2 tu..hahaha...


antara lagu nasyid kegemaran aku:-

Thursday

Bangkai Tikus Dalam Kuali kedai makan?!

eeeeee!!! yek2...aku cukup tak suke betul la kalau ada kes2 tikus maut di area dapur..sungguh menggelikan okeh. tambah2 lagi kat dalam kuali, pinggan mangkuk dan sebagainya. 
tolonglah yg buka restoran atau kedai-kedai makan kat luar sana supaya jaga keadaan dapur anda. tak baik taw kalau bagi org makan dengan keadaan dapur dan makanan yang tak hygiene, tak bersih...dose wo...berkat ke duit yg korang dapat kalau bagi makanan yg tak elok kat org? 
(cuba mengelak dari makan luar)
BANGKAI tikus dijumpai dalam kuali di sebuah premis yang diperiksa di Klang.
BANGKAI tikus dijumpai dalam kuali di sebuah premis yang diperiksa di Klang
KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini. 

Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan.

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan turut menemui mi goreng yang sudah basi disimpan di bawah rak makanan dan boleh memudaratkan kesihatan jika ia dipanaskan dan dihidangkan semula kepada pelanggan. (tu yg sedap sgt tu!)

Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan terus menjamu selera di restoran terbabit seperti langsung tidak mengendahkan operasi yang sedang dijalankan. 

Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan sepatutnya di samping melakukan pelbagai kesalahan lain seperti tidak melabel jenis makanan dan pekerja memakai selipar. 

"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini sebelum mengadakan operasi. Kebanyakan restoran yang diperiksa didapati gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya tong sampah tidak ditutup dan lantai kotor. 
"Malah, kami turut menjumpai bangkai tikus, najis tikus dan lipas di beberapa premis," katanya sambil menambah semua premis itu diarah ditutup untuk tempoh dua minggu bagi mereka membersihkan premis masing-masing. 

Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah. 

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. 
Bulan lalu, sebanyak 12 premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 2 yang diadakan di sekitar kawasan Bukit Tinggi. 

Wednesday

Part 1: Lata Tembakah


Assalamualaikum... 
Ni hao ma?...Apa kHAbar?...
arini aku nak cite pasal aktiviti berkelah yang telah lama tidak dilakukan oleh diri ini..
dulu waktu kecik2 abah n mama selalu bawak anak-anak nya berkelah kelah. berpiknik piknik. waktu anak-anak kecik-kecik la paling syiok nak bawak g berkelah kelah kan. tmpt yg paling dekat n paling selalu g berkelah yang abah selalu bawa dulu dekat Kuala Woh, Tapah. dulu selalu gak r nampak org asli dengan ehem2 jer..sekarang nie,ada lagi ke? dah bertahun tak g sana kot...takkan la abah mama nak bawa kitorang kelah kelah lagi kan...hihi...sekarang anak anak yg dah besor panjang la kene bawak abah mama jenjalan jalan... haa..kalau piknik lak kat Teluk Batik, Lumut.tu yg paling dekat la kalau nak gi dari umah.
eh okey2 takmo cite zaman kecik jelite jom cite zaman indah jelite.

hari tu.. aku g berkelah...bukan main dekat aku g berkelah..dekat terengganu nung aku g tau...pernah dgr tak Lata Tembakah? haaa...rugi la sape yg tak pernah dengar... Lata Tembakah berada di Besut Terengganu. dulu aku pernah g dekat Lata Belatan yang dekat2 dengan Gunung Tebu tu. best la jugak kat situ, tp bila dah pergi Lata Tembakah ni, siyes ni paling best.
air jernih seh. mana nak dpt kat KL nie? Ada lagi ke? huhu...

al kisahnya aku g Besut ari tu...aku gi umah member aku kat sana...kitorang pergi berempat..
tuan rumah=cik dayu~member yg pegi=cik sheila dan cik nazirah~




 kitorang on the way to Lata Tembakah....dalam sejam la jugak nak sampai sana dengan berbekalkan nasi ayammmmm nyum nyummm


yeay...!! dah sampai...of course la, kalau kat sungai je mesti ada titi jambatan. kat Lata Belatan pun ada jugak titi gantung mcm ni. bila jalan sambil menggoyang kan punggung dengan laju mmg bergoyang la jmbtan ni...eh, ni titi ke jambatan? uhhh


gambar dari atas jambatan...cantik tak? jernih sehhh


ada pokok buluh...ada batu bata...canteq woo...dari sini pun leh nampak batu dalam air woo...


Lata Tembakah ni ada 5 tingkat rupenye....air terjun kat sini memang best...hajat memang nak g air terjun tingkat 5, tp apakan daya..ambil masa sampai 1 jam tuuu nak mendaki sampai atas...belum lagi semput campur gedik2 bergambar...mau nak 3 jam baru sampai tingkat 5 kot..hehehe...


dekat tingkt 0 pun jadikla kannnn....


nak main renjis-renjis air la konon kannnn


cik sheila dengan sape tuh? lemas ke kawan tu? haha....
tak logik la kalau air paras buku lali pun nak lemas kan...


air yang jernih..sesuai untuk pencinta alam mcm aku...ngeee~


waaa..dah nak balik...dah nak balik ni la baru sempat nak berposing dekat pintu depan ni haaa....
so pelagi, kepada siapa siapa yang belum pergi, silalah pergi yer...tempatnya bersih dan tak kene bayaran pun nak masuk situ.




Friday

Mift @ Monash

ohh..dah pukul 10 pm..juz come back from Monash University lor...very tired...
kenapa aku kat sana? ada apa-apa yang menarik? jeng3~
hanya food scientist je yg tahu.. :D


---------------------------bersambung....

Thursday

Sape nak main dengan saya?

selamat hali laya cina...kongci kongci!

uish...pagi2 lagi dah bangun kuar nak pi pasar dengan mama. tp, sebelum g pasar singgah tgok abah dan adik main tenis. uish...aku tak leh tahan lak tgok diorang main tenis, dengan berbekalkan seluar jeans dan kasut wedges, aku pun main tenis la jugak. tu la, suh main taknak, alasan sakit betis. sekali tengok dah kemaruk nak main kan. tp tadi tak lama la. lam 15 minit je aku main..

tot tet tot tet g pasar hajat nak beli sotong ayam n ikan. alamak, ada ikan keli je melayu jual. ikan yg lain2 ilek la plak. sume apek2 talak juai. tutup kedai plak..takpe2. 

berbalik kepada TAJUK ENTRI yang mcam tah pape tu...
haha..bukan MAIN ape tau..MAIN TAG TAG OKEYH!

pas balik dr pasar, tgok blog. eh tetibe terkena laser 'Tag' pulak dari seseorang~ haha...
ade soalan cepumas la plak. ok memandangkan yana cOOL~ jom kite jawab soalan2 cepumas dari blogger cOOL nie. ho yeahhh...

1.Apakah nama blog Favourite anda ? (Sertakan link sekali)
erm..~kalau blog favourite of koz blog tu hari2 kita tgok kan? hurm...menurut statistik cik yana la kan, blog juzyana la yg cik yana salu tgok..hahaha... actually byk blog feveret i...tak terkire taw..hehe

2.Sudah berapa lama anda berblogging?
berapa lama ek..blog ni hidup masa tahun 2009..tapi tyme tu hidup2 nak mati jugak la..huhu

3.Adakah anda seorang yang Kakkoii? (Kakkoii = Cool)
eh of course la...kalau tak i tak buat entry ni taw...hihihi

4.Jika ditunaikan 1 hajat, apakah hajat anda?
hajat? banyak hajat ni..antara hajat i ialah...
jeng jeng jeng
nak kawen..hihihi...*malu*

5. Siapakah 4 mangsa TAG seterusnya

hahaha..habeslah korang sebab jadi mangsa aku....

pyzc


okay, i dpt award~



Wednesday

Tahun Arnab

KEPERIBADIAN ARNAB
Arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tidak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.

TAHUN ARNAB
Tahun arnab dipercayai oleh masyarakat cina sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan.

KEPERIBADIAN MEREKA YANG LAHIR PADA TAHUN ARNAB

LELAKI: Tidak ketara, bijaksana, mendengar kata, bersopan santun dan beradab, diplomatik dan jarang berkonfrontasi

PEREMPUAN: Bijaksana, bertimbang rasa, baik, sensitif, dan suka menyukakan hati orang.

Tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan tahun arnab, oleh itu fokus dalam perancangan anda untuk masa depan anda. Bagaimanapun, oleh kerana akan terdapat banyak kuasa api di sekeliling, berhati-hati pada risiko kerosakan kesihatan emosional atau fizikal. (breakdown) Pulihkan semula diri anda dengan lebih banyak kuasa air lebih-lebih lagi di arah Timur. Bahagian Timur Selatan atau Barat Selatan di rumah atau bilik tamu anda akan bermanfaat dari barangan air juga. Pastikan yang barangan air itu diletakkan pada sebelah kiri pintu utama apabila anda memandang ke luar dari dalam rumah.

TAHUN: 1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999

Nota: Ini adalah kepercayaan masyarakat cina, bahan bacaan adalah sebagai tambahan pengetahuan.

dipetik dari: sini

Tuesday

oh buah oren @ orange

Selamat..hari raya....tahun baru cinaaaa....hehehe..
apek r...amoi r...lu taknak kasi wa limau ka? lu jangan makan solang2 tau..talak maik punyaaa... tahun ni tahun alnab..wa suka ini tahun...wa suka alnab ooo...
weh..mementang la raya cina..asik makan limo je la yer..balik kg tgok kat umoh ada dua kotak buah limau.ate, tak terusik pon...tah pasai apa tah tak makan nye. sebab banyak makanan lain kot..?? takpun, dah boring makan banyak sgt before ni, takpun, batuk2 kalau makan limau...mak aku pun tanya, ape kehe limau ni tak terusik pon? takpela, nanti kalau ada org datang beraya kita bagi deme makan limau yer? haha...


best ke limau ni? aku ada sorang kawan ni suke sgt mkan buah oren. bagusla tu. byk vitamin C. takpun leh wat Fresh Orange sendiri kat dapur.order kat kedai pun udoh brape..mau 2 ringgit satu gelas lawa tu. 


buah oren ni ada banyak khasiat...al maklumlah, vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenal pasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak. selain itu, boleh ambil 2 hingga 4 biji oren dalam sehari dapat membantu menjauhkan selsema, mencegah dan melarutkan batu buah pinggang dan menjanjikan kadar kolestrol yang lebih rendah.


so, mohle kite perabihkan buah oren yang ada sempena raya cina ni..hehehe

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..