KLIK DI SINI!

Sunday

Apa perlu buat bila DEMAM?

Ahhchummm!! ohok! ohok! srroottt srrreetttt!!!!
haish...demam demam..tu tanda2 orang yang mengalami demam... memang sekarang tengah musim demam la.. macam-macam aktivit tak dapat nak dibuat bila dah kena demam ni. by the way, bulan ni je aku dah demam 3 kali. aiii, udoh kali ketiga takleh tahan la, pergila ke pusat kesihatan ukm....tak bleh jadik..nak tak nak kene g gak la...first n second demam tu, makan panadol malam tu, esok paginye dah reda. kali ketiga ni tak mau jalan plak petua aku tu. 

dalam kelas badan dah menggigil-gigil. nak taknak kena g kelas jugak..naseb baek pergi, lecturer siap buat kuiz lagi. fewh~ dalam fikiran aku dah fikir benda bukan2, kawan2 pun dah risau gak. yela , sebab takut terkena jangkitan apa-apa ke kan. tghari tu after kelas aku g la pusat kesihatan ukm, dekat je dengan tempat aku. tot tet tot tet menunggu, masukla aku ke dalam bilik hencek dokter~ erm...dpt dokter lelaki daa...aku tak suke sangat jumpe dokter lelaki ni..lebih selesa dengan dokter perempuan....jgn mare~ 

erm...mengadu r sakit ni la tu la ni la...uish..suhu badan tinggi, 38 darjah celcius. aku g cek darah..
auw! kene injek! takutnye.. eh siyess..selama 23 tahun hidup ni, tak pernah lagi mempunyai keberanian untuk melihat diri sendiri di injek oleh misi. waktu zaman sekolah dulu2, cucuk kat tgn, siap toleh ke tempat lain dengan mata terpejam okeyh. (mesti misi tu menyampah tgok gelagat si pengecut jarum mcm aku ni) hehe

tapi tanggal 18 januari aku dah berjaya melihat tanganku diinjek sambil melihat darah pekat disedut-sedut slurrppp slurrppp oleh picagari itu...huhu..oh! kurang sudah darah aku beberapa ml...hoho.. eh, tak sakit r! siyes...tangan pun tak bengkak. sebab apa, sebab misi tu pandai injek. bila nak masuk kan jarum kita kena genggam tangan, bila darah tengah disedut, tangan kene longlai lembik, bila nak tarik jarum keluar, tangan kene genggam keras balik...ooo..patutla tak sakit..hehehe..sebaba aku pandai kontrol tangan ku... wink2~

hurm..dah dapat result darah, alhamdulillah, aku takde kena denggi ke, jangkitan ke, semua okay...dokter discuss dengan aku semua result darah tadi...dan kemudian dibekalkan beberapa jenis ubat..ala...macam biasa r. ubat batuk, ubat demam, ubat selsema, vitamin..as usual kalo jumpa dokter kan...

petang ada kelas lagi..kena pergi. esok nye ade demo pcr, memang tak dapat nak g. badan lemah gila. aku pun tak faham. tetibe je jadi lebih teruk dari semalam. dahla cuti thaipusam tu dah rancang nak g BRoGa Hill dengan kawan-kawan. langsung la tak dapat nak juin. isk isk isk...~

btw...apa korang akan buat kalau korang demam? apa? panadol? paracetamol? of KOS!
meh aku senaraikan antara tabiat-tabiat kita bila demam:

1)pegang dahi, pegang tengkuk, nak tahu panas ke tak daripada biasa

2)g kedai cari panadol yang pelbagai spesies tu

3)tak larat nak kuar g kedai, pesan kat kawan tolong belikan panadol

4)tidur tidur dan tidur

5)taknak mandi, tetibe ambik kain lembap letak kat dahi (mcm baby)

6)layan perasaan sorang-sorang

7)pergi klinik kot kot leh dapat MC (mmg nak mc pun!)

8)telefon ibu bapa dekat rumah (kes anak manja)

9)tetibe buang tebiat pakai sweater tebal-tebal siap berselimut bagai kemudian tidur.

10)kipas slow gile..tak pernah pasang 1 tetibe pasang satu tyme demam..ekeke

1 comment:

Anonymous said...

Apa yang posting bagus. Saya sangat suka membaca jenis atau artikel. Aku bisa? T menunggu untuk melihat apa yang orang lain katakan..

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..