KLIK DI SINI!

Monday

200 yeay!

hahaha....ade org gembira bila dah ade followers 200 org..
dan org yang ke 200 tu pun gembira sebab jadi follower yang ke 200. yeay! 
suke suke suke.
hahaha...nah...saya bagi kamu coklat koko jelly...dap nie...amek r...



nanti beli koko jelly banyak2 leh wat hantaran kawen..tunang pun boleyh tau...tp saya dah lama tak makan coklat nie..mana pigi r? asyik makan cadbury je...haha




buat link untuk follower ke 200...hehehe...hendrastar v2~terimalah....

Insya Allah- Maher Zain-Versi Melayu

hehehe...akhirnya dapat juga aku mendengarkan lagu InsyaAllah Versi melayu oleh Maher Zain..dah lama nak dengar, tapi tak jumpa2. bila buka FB, ramai lak yg post video tu, baru la aku dpt dengar.. best la..siyes. tak pelat sangat abg MZ kite ni nyanyi lagu melayu..*kagum den*.. 
moh kite layan...! 






lirik lagu
Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku.

Mesir Darurat

Darurat darurat...! Apa dah jadi dengan Mesir.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.ya Allah..macam mana keadaan sedare mare aku di sana. semoga mereka tabah dan berjaga-jaga sepanjang keadaan yang mcm ni.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir




Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.





2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 6000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
p/s - BAYANGKAN!!! 6000 BANDUAN TERLEPAS!!! sedangkan dalam prison break pon baru 8 orang dah kecoh-kecoh 1 negara...ni kan pula 6000 orang terlepas...BUKA LA MATA WAHAI DUNIA!!!
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
TwitterDyyaDizarch
BlogNadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
 7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

Sunday

Apa perlu buat bila DEMAM?

Ahhchummm!! ohok! ohok! srroottt srrreetttt!!!!
haish...demam demam..tu tanda2 orang yang mengalami demam... memang sekarang tengah musim demam la.. macam-macam aktivit tak dapat nak dibuat bila dah kena demam ni. by the way, bulan ni je aku dah demam 3 kali. aiii, udoh kali ketiga takleh tahan la, pergila ke pusat kesihatan ukm....tak bleh jadik..nak tak nak kene g gak la...first n second demam tu, makan panadol malam tu, esok paginye dah reda. kali ketiga ni tak mau jalan plak petua aku tu. 

dalam kelas badan dah menggigil-gigil. nak taknak kena g kelas jugak..naseb baek pergi, lecturer siap buat kuiz lagi. fewh~ dalam fikiran aku dah fikir benda bukan2, kawan2 pun dah risau gak. yela , sebab takut terkena jangkitan apa-apa ke kan. tghari tu after kelas aku g la pusat kesihatan ukm, dekat je dengan tempat aku. tot tet tot tet menunggu, masukla aku ke dalam bilik hencek dokter~ erm...dpt dokter lelaki daa...aku tak suke sangat jumpe dokter lelaki ni..lebih selesa dengan dokter perempuan....jgn mare~ 

erm...mengadu r sakit ni la tu la ni la...uish..suhu badan tinggi, 38 darjah celcius. aku g cek darah..
auw! kene injek! takutnye.. eh siyess..selama 23 tahun hidup ni, tak pernah lagi mempunyai keberanian untuk melihat diri sendiri di injek oleh misi. waktu zaman sekolah dulu2, cucuk kat tgn, siap toleh ke tempat lain dengan mata terpejam okeyh. (mesti misi tu menyampah tgok gelagat si pengecut jarum mcm aku ni) hehe

tapi tanggal 18 januari aku dah berjaya melihat tanganku diinjek sambil melihat darah pekat disedut-sedut slurrppp slurrppp oleh picagari itu...huhu..oh! kurang sudah darah aku beberapa ml...hoho.. eh, tak sakit r! siyes...tangan pun tak bengkak. sebab apa, sebab misi tu pandai injek. bila nak masuk kan jarum kita kena genggam tangan, bila darah tengah disedut, tangan kene longlai lembik, bila nak tarik jarum keluar, tangan kene genggam keras balik...ooo..patutla tak sakit..hehehe..sebaba aku pandai kontrol tangan ku... wink2~

hurm..dah dapat result darah, alhamdulillah, aku takde kena denggi ke, jangkitan ke, semua okay...dokter discuss dengan aku semua result darah tadi...dan kemudian dibekalkan beberapa jenis ubat..ala...macam biasa r. ubat batuk, ubat demam, ubat selsema, vitamin..as usual kalo jumpa dokter kan...

petang ada kelas lagi..kena pergi. esok nye ade demo pcr, memang tak dapat nak g. badan lemah gila. aku pun tak faham. tetibe je jadi lebih teruk dari semalam. dahla cuti thaipusam tu dah rancang nak g BRoGa Hill dengan kawan-kawan. langsung la tak dapat nak juin. isk isk isk...~

btw...apa korang akan buat kalau korang demam? apa? panadol? paracetamol? of KOS!
meh aku senaraikan antara tabiat-tabiat kita bila demam:

1)pegang dahi, pegang tengkuk, nak tahu panas ke tak daripada biasa

2)g kedai cari panadol yang pelbagai spesies tu

3)tak larat nak kuar g kedai, pesan kat kawan tolong belikan panadol

4)tidur tidur dan tidur

5)taknak mandi, tetibe ambik kain lembap letak kat dahi (mcm baby)

6)layan perasaan sorang-sorang

7)pergi klinik kot kot leh dapat MC (mmg nak mc pun!)

8)telefon ibu bapa dekat rumah (kes anak manja)

9)tetibe buang tebiat pakai sweater tebal-tebal siap berselimut bagai kemudian tidur.

10)kipas slow gile..tak pernah pasang 1 tetibe pasang satu tyme demam..ekeke

Friday

Tips elak gaduh-gaduh

Tengah aku baca2 content ini, aku rs mcm okay jugak kalau kita share ramai2. kot2 ada yg tak pernah baca tentang artikel ini, bagus juga kalau dapat baca. artikel ini tentang nak mendamaikan sebuah rumah tangga. n banyak dituju kepada kaum adam...hakhak...btw kaum hawa pun leh ikut tips nie. yer, neway tips ni elok tuk kite follow jugak. apa yg dia ckp tu betul pe...tak caye? korang bacala sndiri... ;) ops!budak2 bawah 18 tahun tidak digalakkan baca..
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’
Pergaduhan suami isteri/kekasih akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
 Sabda Rasulullah s.a.w:
“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.”  
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)
 Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri/bg,gf ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara pasangan.
 Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tips untuk bertengkar secara positif:
 1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk memperbetulkan keadaan.
 2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya perempuan sahaja yang mempunyai kelemahan, lelaki juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan perempuan, lelaki akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan. Lagi pula, kita tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
 3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
 4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
 6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
 7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
 8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
 9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”
 10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
 11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
 12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
 13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
 14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda. Dalam bercinta atau dalam perkahwinan, always REFER pada BEST FRIEND ANDA yang anda sangat anda percayai. Ini kerana, hanya dia yang berada DI LUAR perhubungan akan nampak "THE TRUTH about your relationship!
15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
 16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
 17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
 18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.





 Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati diwww.books.perintis.com.my.

Monday

kini aku PasRah~~



tiba2 je nak menjiwang ari ni..tah kenapa tah..jiwa kacau kot...haha...dah lama tak dgr lagu ni..zaman waktu sekolah rendah ni...

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori

Ingin ku melangkah
Membawa diri
Kerna cinta
Yang dikhianati
Luka rasa untuk menghadapi
Pengorbanan tidak dihargai

Kini aku... Pasrah
Dengan segalanya
Kepedihan itu
Masih terasa
Apakah salahku
Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu
Cukup kali ini
Kau menyakiti
Berulangkali
Tak usahlah kembali
Dengan rela hati
Melepas kau pergi...

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori

Lirik Kita Satu-Spider

Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam
Sampai bila harusku pendam 
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
c/o
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..
Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

sempoi lagu ni...tapi mendalam maknanya...heee :)

Monday

Saya ada Adik jugak

rindu nak shopping ngan adik2!!! bila dpt menshopping bersama sama lagi eh...?? hurm...
aku ada 4 orang adik...kalau orang kat luar, kompem tak percaya yang kitorang ni adik beradik. pasai apa? pasai muke kitorang takdela sama sgt mcm adik bradik yg lain. n jarak umur pun setahun jer. kecik sama2, besar sama2, belajar sama2, skolah sama2 n nnt keje sama2 gak...kawen sama2??? oh nehi nehi...kawen sendiri2 la yer..hehe...
memori lak tetibe...gbr2 kat bawah nie waktu shopping raya haji tahun lepas...bertiga dengan adik2 ku...


bajet comey senyum mcm tu..hek!



ekpreskan diri mu


yg kanan tu sorang je mata dia selamat tnp  rabun



kemesraan berpanjangan...


ini Angah aka E'ah



sibuk pilih shawl kat Jalan TAR..di snap oleh alang aka Alina



kat sOgO lak...



peace yaw peace peace! :)


okeyh..seswai la tu baju tu.. :D

aktiviti tiba-tiba!

vrooom vroommmm!!!

weh yana! ko bila nak balik kg? rindu dowh kat ko! dah lama tak hang out sama2! kata kawanku kepada ku..haha! akhirnya sabtu lepas dpt jg aku pulang ke tanah air dan meronggeng bersama kawan2 aku...lama weh tak jumpa member..mahu dekat sebulan..kalau balik umah pun bukannya dpt jumpa pon. bz ngn family kan...haaa ni blum ada laki n anak lagi..kompem tak terjumpa kawan2 aku..argh..mintak jauh...so, aku n kwn2 pun decide la nak mengisi masa lapang bersama-sama...pergi mana jer...pergi jenjalan..tgkp gbr...tgok wayang...OMG! tgok cite Guillivers Travel! kelakar jugak cite tu... kompem gelak besar sebab cite tu mengarut tp kelakar tak hengat. n tetibe pelakon utama tu mcm muka seseorang yang aku kenal. ahaks. jgn marah bro~



dua org awek kat atas nie kawan2 ku...sedang merenung masa depan kot...


tu ada khemah..tp bukan khemah aku, tu khemah org..hehe


korang nampak tak ade couple jalan kat situ??nmpk tak?? aku jeles! hehe


dua orang awek org tgh test pemandangan gbr kat situ..


korang tgok tu...diorang main banana boat! aku nak main gak..rugi tak bawak baju mandi tyme tu..huhu..tape2..next tyme ada lagi...


asalla ada buah tetibe nie..hehe...singgah kat gerai buah buahan nak beli mangga wat jerokkk


ni aku ngn cik awin....hehehe


tgkp gbr kawan2 aku tgh posing..


my friends...from left, awin, mida n shuhada... :)


eh2, aku pun nak masuk. paling tinggi kat tgh! ;p

ngeeee


okeyh...dua org budak ni nak jadi model buah barli. meh aku tgkp pic korang. 
klik!

untuk pengetahuan; aku n kawan2 aku g menjalankan diri dekat teluk batik dan kawasan2 sekitarnya. sampai kat teluk batik kul 1 tghri tyme matahari terpacak betul2 atas kepala ni.
gambar2 di atas diambil menggunakan kamera nikon biase menggunakan bateri double A energizer dan telah diedit menggunakan photoscape.tak pandai gune photoshop n takde duit lg nak beli kamera dslr..heeeeeeeeeee.... :D


Wednesday

happy new year 2011!!!

happy new year kawan2! hehehe. rasa macam dah lewat giler nak ucap kat kawan2 blog tentang new year..takpela...lewat 5 ari je kan kan kan...hehe...
neway, hope impian kawan2 sume tercapai...n hope impian aku jugak tercapai hendaknya..bykkkkk sgt impian yang aku idam kan...harapp sgt tahun ni menjadi tahun yang indah buat diri aku. semestinya aku nak jadi yang lebih baik berbanding tahun lepas...
amin....

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..