KLIK DI SINI!

Saturday

Selsema Oh Selsema...


Apakah itu selesema?
Iaitu satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh
virus.


Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom selesema?
Simptom-simptom yang biasa adalah :

Batuk
Demam
Sakit tekak
Sukar bernafas
Hidung tersumbat dan akan semakin teruk dan berkahak
Akan bernafas melalui mulut kerana hidung yang tersumbat.
Simptom-simptom lain termasuk:

Bersin
Keletihan
Sakit kepala
Hilang selera makan
Muntah dan cirit-birit.
Apakah rawatan untuk selesema?

Selesema adalah satu penyakit kendiri. Tiada rawatan khusus
diperlukan dan rawatan dilakukan hanyalah dengan membuat kanak-kanak
itu merasa selesa. Langkah-langkah penting termasuk:

Rehat yang sempurna
Mengambil banyak air
Mengambil makanan yang berzat
Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat mereka selesa
Anti-biotik tidak diperlukan
Langkah-langkah untuk melegakan hidung tersumbat

Menggunakan titisan salin nasal sebelum memberi makan bayi atau tidur
Dalam
kes yang lebih teruk, boleh gunakan ubat pelega sesak hidung tetapi
mesti berhati-hati kerana kesan sampingan seperti rasa mengantuk, tidak
selesa dan sukar untuk tidur.
Gunakan penyedut lendir manual untuk kes yang lebih teruk.
Aspirin tidak sesuai bagi mereka yang kurang dari 15 tahun.ia boleh
dikaitkan dengan satu penyakit yang serius dipanggil ‘Reye’s syndrome’.
Bolehkah selesema dirawat?

Selesema tidak boleh dicegah tetapi ada cara untuk mengurangkan kadar jangkitan :

Jangan terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti
Basuh tangan sebelum makan dan selepas menyentuh hidung
Gunakan tuala tangan pakai buang menggantikan sapu tangan
Ajar anak-anak supaya menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dan basuh tangan serta merta.
Jika seseorang mendapat selesema, mereka hendaklah menjauhi pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah
Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat.

1 comment:

armouris said...

info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..