KLIK DI SINI!

Wednesday

JANGAN BERSEDIH, BACALAH INI...

Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. tumpukan diri kita pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai merupakan kebodohan yang menyebabkan kegilaan.

Jangan menyibukkan diri dengan masa depan sebab ia masih berada di alam ghaib.

Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. teguhkan pendirian kita dalam menghadapinya, dan sedailah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri kita setara dengan kritikan tersebut.

Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan maka berzikirlah selalu

Setiap hamba harus menyedari bahawa setiap yang berlaku itu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadhar.

Jangan menunggu ucapan terima kasih daripada seseorang.

Persiapkan diri kita untuk menerima kemungkinan terburuk.

Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri sendiri.

Berfikirlah tentang nikmat lalu bersukurlah.

Percayalah bahawa apa yang kita miliki jauh lebih banyak daripada apa yang dimiliki oleh orang lain.

Dari masa ke masa ada sahaja jalan keluar.

Dengan musibah, hati akan tergerak untuk berdoa.

Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.

Jangan hancurkan hidup kita hanya kerana perkara-perkara yang remeh.

Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas KeampunanNya.

Jangan marah, jangan marah, jangan marah!

Janganlah risau hanya kerna tiada harta, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan.

Dan, di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.

Kebanyakan apa yang kita takutkan tidak akan berlaku.

Tinggalkan semua desas-desus dan jangan percaya pada khabar angin.

Kedengkian dan keinginan kita yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan kita je, lebih besar daripada apa yang akan menimpa pihak lawan.

Setiap musibah yang menimpa diri kita adalah penghapus DOSA-DOSA.




No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..