KLIK DI SINI!

Sunday

Pasal cemburu, tekan pisau dengan leher

eeeeeee....!!!!!!!

apa ni apa ni???
tak suke la bila baca benda-benda macam ni. tapi dah terbaca nak buat macam mana.
tergamak seorang lelaki yang bernama suami buat macam ni kat kaum perempuan 
bergelar isteri. hellllo...kalau tak reti jaga isteri,  baik jangan kahwin ok. 
semua orang ada perasaan cemuru. tapi berpada-padalah sikit takkan lahhh 
sampai nak acu dengan piso...bawak2lah berbincang yer...perbincangan itu 
membawa perdamaian. pisau tu menambahkan fail laporan di balai polis jer...haishhh.... 


sumber: harian metro

Tekan pisau di leher 

CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya.
CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya.
MELAKA: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya
tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.
Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya
yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang
 tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.
“Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil
bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa
kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.

“Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya
memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya
menarik rambut saya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.


Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku pada Ogos 2009 iaitu selepas enam bulan
pasangan terbabit bernikah, namun ketika itu mangsa tidak membuat laporan polis.

Siti yang bertubuh kecil molek berkata, suaminya menekan pisau berkenaan agak kuat
hingga lehernya luka.

“Dia mengugut membunuh saya jika meneruskan niat untuk bercerai. Dia juga
mengugut mencederakan anak saya iaitu anak tirinya berusia tujuh dan lima tahun.
Ini kali kedua suami memukul saya sejak berkahwin dua tahun lalu,” katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling pada 18 November lalu dan laporan
kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (IPD) keesokannya.

Menurut Siti, mulanya dia menyangka perkahwinan keduanya akan bahagia biarpun
menjadi isteri kedua.

Ini kerana madunya datang meminang selepas perkenalan singkat dengan
suami, sekali gus menguatkan keyakinan itu walaupun ahli keluarganya tidak bersetuju.

“Hanya enam bulan saya bahagia. Kami tidak pernah bergaduh dan suami melayan
saya dan anak dengan baik, namun keadaan bertukar apabila isteri pertama tiba-tiba
berubah sikap dan memberi bermacam tekanan hingga akhirnya saya diharamkan
berkunjung ke rumah mentua.

“Sebelum itu hubungan kami baik dan saling kunjung mengunjung, malah saya
sering membawa empat anaknya bermalam di rumah.

“Hubungan saya dengan suami mulai keruh apabila saya mengadu hal itu (berkenaan madu)
kepadanya. Saya jadi takut kerana suami mula menunjukkan sikap sebenarnya
 yang panas baran dan kerap memarahi saya,” katanya.

Siti tidak pasti punca sebenarnya dia dipukul dan mengesyaki ia mungkin
disebabkan suaminya terlihat gambarnya dengan seorang lelaki lain yang kebetulan
dihantar oleh rakan menerusi ruangan sembang.

“Malam kejadian, selepas balik daripada makan malam di Ayer Molek, kami
sekeluarga duduk di ruang tamu. Saya dan anak menonton televisyen hingga
terlena manakala suami pula sebelum itu menggunakan komputer riba.

“Saya syak mungkin sebab itu dia marah apabila terlihat gambar saya bersama
seorang kenalan lelaki ketika menghadiri satu kursus setahun lalu. Saya tidak
pernah memuat turun gambar itu dan menyimpannya di dalam komputer,” katanya.

Disebabkan pelbagai masalah itu, mereka pernah berbincang dan dia meminta
cerai, namun suami enggan dan memarahinya.

Dia berkata, mereka juga pernah menghadiri dua sesi kaunseling di Jabatan
Agama Islam Melaka (Jaim).

“Oleh kerana tiada penyelesaian, kami kini menumpang di rumah keluarga kerana
saya bimbang keselamatan diri dan anak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah berkata, pihaknya
bersama peguam pembela akan mengambil tindakan berhubung permohonan
 proses perceraian selain bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) bagi memberi perlindungan sementara kepada wanita terbabit.

“Isu keganasan rumah tangga banyak dilaporkan akhir-akhir ini dan pihak kami
ada beberapa kes seumpamanya. Peguam kami yang mengendalikan dan
kes seperti ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Mengenai kes Siti, kami syorkan dia diberi perlindungan di tempat sesuai
di rumah ibunya. Daripada segi perundangan, peguam akan uruskan secepat
mungkin,” katanya

No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..