KLIK DI SINI!

Saturday

Pakcik peminta sedekah


Siapa pernah kene mintak sedekah atau ada orang minta sedekah kat korang??.. huh..kompem ramai ada pengalaman macam ni. kalau bukan kat kedai makan mesti kat tepi jalan kan...dulu waktu kecik-kecik takdela pulak rasanya orang mintak sedekah byk sangat time tgh menjamu selera kat kedai makan but now dah jadi habit kowt... kalau tak bawak orang buta sebelah, atau seret anak dengan kerusi roda ada pulak yang bawak segala macam keropok n kerepek..saya bukan taknak beli cuma dah ada dah keropok tu kat rumah..hehehe
ha...ada lagi satu pengalaman saya..eh dua...ini pengalaman orang mintak tolong kat tepi jalan. masuk2 kereta je diorang datang mintak duit. pengalaman pertama ini tahun lepas, ada sorang pekcik tu datang kat saya & adik saya. kitorang baru lepas makan. dia datang dan cerita.."nak..pakcik nak mintak tolong sket nih....bla bla bla duit pakcik ada rm2 je..bla bla bla...nak mintak tolong nak bagi pakcik sikit duit...td pakcik mintak tolong sorang ni dia dah bagi ni...pakcik nak lagi sikit je...bla bla bla...." agak 3 minit jugaklah saya n adik berbincang "weh..nk bg ke tak ni..sian weh... tapi aku ada nie jer...ko ada bape? bla bla bla.." lima minit kemudian...."terima kasih nak...." sambil mencium-cium duit itu...ya Allah jika benar pakcik td dalam kesusahan, Kau ringankanlah bebannya...

pengalam kedua, baru lepas shopping dekat Ipoh...tetibe ada pakcik dengan motor buruk dia datang kat kami adik-beradik. "nak, ada rm8 tak? pakcik nak mintak tolong nak tukar tiub tayar.. udoh pecah.." ni lagi selamba terus mintak duit... saya macam tak pecaya jugak...tapi kuar jugak dari kete n tgok motor dia..hurm...wat2 tgok je padahal tak tgok sgt pun...so kitorang pun bagi la rm8 tapi mcm was2 jugak ngn pakcik tu. takpelah yg penting niat kita baikkkkk punyer... nak tolong orang dalam kesusahan...pakcik tu pun berlalu pergi sambil menyeret kapcai nya ke belakang bangunan...hope ada kedai motor kat situ...dan kami pun pulang ke rumah dengan biasanya...
ops! tapi sekarang ni ada banyak eh sindiket sedekah terutama sekali di bandaraya besar..Apa yang lagi menyedihkan, kanak-kanak juga turut dipergunakan tanpa rasa belas-kasihan.
APA PERSEPSI KORANG TENTANG MEREKA..??? tiba2 ada orang datang minta sedekah pada saya, saya jawab “maaf kak, takde duit pecah.” y y y??

No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..