KLIK DI SINI!

Friday

Atok Wan telah pergi

Assalamualaikum...
entry kali ni saya nak menulis sebagai memperingati pemergian arwah atok wan ku yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. 19/10/2010. ari ni 19/11/2010 genaplah 31 hari arwah pergi meninggalkan kami. betapa sayunya tatkala menerima panggilan yang tidak di duga. di saat itu, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan di hati. 
atok wan ku telah pergi pada umur 76 tahun.ketika dia mempunyai seorang isteri, 11 orang anak dan 32 orang cucu. 

hanya Allah dan dia yang tahu betapa beratnya dugaan yang harus dia terima. sehingga sampai satu ketika, beliau pergi jua setelah menempuh segala ujian dari Allah. selama 3 bulan arwah atok wan masuk keluar hospital. dan selama itu jugalah anak-anak dan cucu-cucu berulang alik dari Perak ke Kuala Lumpur untuk menziarahi atok wan. biar penat, biar habis cuti asalkan diri masing-masing dapat menatap wajahnya dan keadaannya yang sakit. supaya beliau dapat melawan sakitnya, supaya atok wan memperoleh semangat untuk melawan keadaan yang perit pada ketika itu.
pelbagai usaha telah dilakukan, namun Allah amat menyayanginya. amat sangat. atok wan pergi mengadap ilahi di sebuah pusat rawatan yang terletak di Bangi. itu usaha kami sekeluarga untuk lihat dia pulih, namun ajalnya sudah tiba di situ. redha... itu yang termampu di ucapkan pada bibir masing-masing. 


jam 1145 pagi, aku berada di dalam makmal mikrobiologi. pada ketika itu aku mendapat panggilan daripada adikku, Alina... pada saat itu aku igtkan dia ada masalah kerana suaranya seakan-akan dalam keadaan sedu-sedan..=>along...atok wan dah takde... aku terkejut..adakah apa yang aku dengar itu betul? tanpa disedari air mata mengalir laju.. ya Allah...itu je yg mampu ku ucapkan.. innalillah... aku terus meninggalkan makmal lalu terus bersiap untuk turun ke pusat rawatan itu. setelah sampai di situ, opah ku terus mendakap ku dan menangis di bahuku. aku tahu, betapa besarnya dugaan ini untuk opah terima. redha itu yang utama. setiap yang hidup pasti akan pergi. kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan ini... ku buka al-quran yang ku bawa bersama, lalu ku hadiahkan bacaan yasin untuk arwah atok wan ku. pada ketika itu, sudah ramai sanak saudara dtg menziarahi jenazah dan menghadiahkan bacaan yasin untuk arwah atok wan. tatkala membaca yasin, air mata mengalir tanpa sedar. ya Allah, sedih rasa hati pada ketika itu hanya Allah yang tahu...

arwah atok wan dikebumikan di tanah perkuburan di Teluk Intan. Alhamdulillah , dipermudahkan urusan oleh Allah.


Pemergiannya benar2 memberi saya satu kesedaran dan keinsafan..

Marilah kita terus muhasabah dengan kematian ini, bayangkan itu terjadi pada kita, adakah kita cukup bersedia untuk bertemu dengan Allah?

Saya menyeru marilah kita kembali kepada seruan Allah Taala dalam Al-quran dan kembali kepada sunnah Nabi Muhammad saw.

Marilah kita lengkapkan diri dengan Ubbudiah kpada Allah s.w.t yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa di seluruh ‘Alam, tidak mempersekutukanNya dengan yang lain.

 Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : 
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

( Adz- Dzaariyaat 51 : 56 )
Kembalilah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Kita semua juga pasti akan menghadapi hari yang sama dengan arwah Atuk dan semua umat yang telah kembali kepada NYA. Kerana sesungguhnya, benar, negeri akhirat itu adalah sesuatu yang pasti.

No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..