KLIK DI SINI!

Monday

Manusia, Harta dan Kebahagiaan

(١) قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ.
(٢) قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ الْغِنَى كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْسِ.
(٣) قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ اَدَمَ: اَلْمَرْأةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ 
Terjemahan:
1.       Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]
2.       Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Bukanlah kekayaan itu karena banyak harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati.
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]
3.       Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Di antara kebahagiaan anak cucu Adam (manusia) ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad]
Uraian Al-Hadis:
Kebahagiaan adalah menjadi impian bagi semua makhluk insan tanpa mengira derjat. Apakah dia seorang raja atau hamba sahaya, apakah ia orang yang tinggal di kota atau di dusun, apakah ia orang kaya atau orang miskin. Tidak ada seorangpun manusia yang menginginkan kesengsaraan atau kecelakaan.
Dimanakah Kebahagiaan?
Sejak dulu lagi telah timbul pertanyaan ini. Kalaulah kebahagiaan itu sesuatu yang sangat berharga, lalu di mana ia boleh didapati? Sungguh banyak manusia yang terkeliru dalam usaha mencarinya. Mereka akhirnya bagaikan pencari mutiara di dasar laut; badan penat, hati hampa, tangan kosong tanpa membawa hasil sedikitpun.
Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Harta?
Mereka mengira kononnya kebahagiaan itu terletak pada kekayaan kebendaan dan keselesaan hidup. Berapa banyak orang yang kaya raya dan mempunyai harta yang banyak, namun hidup mereka tetap saja dalam kegelisahan dan jiwa mereka tidak tenteram?
Kalau begitu harta yang banyak bukanlah semestinya membawa kebahagiaan. Dan dia bukanlah syarat utama untuk mencapai kebahagiaan. Bahkan kadang-kadang justeru karena harta yang banyak boleh membawa seseorang kepada kesengsaraan di dunia sebelum di akhirat.
Ini sebagaimana firman Allah SWT tentang orang munafiq:
فَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلاَ أَوْلاَدُهُمْ إِنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَاَ
Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia”.
(At-Taubah 9:55)
Yang dimaksudkan dengan “azab” dalam ayat di atas adalah kesusahan, gundah, rungsing, sedih, keresahan, sakit dan penderitaan.
Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Anak?
Memang benar bahwa anak adalah hiasan hidup di dunia.Kehadiran mereka ke muka bumi sebagai anugerah Allah memang ada yang mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup sepasang suami isteri. Tetapi tidak jarang pula kita dapati dalam kehidupan sehari-hari justeru mereka yang menjadi penyebab ibubapanya akhirnya menderita?
Kalau begitu, dengan memiliki anak tidaklah semestinya seseorang akan memperolehi kebahagiaan. Sebagaimana juga sebaliknya, jika tidak mendapat anugerah anak dari Allah itu tidak berarti seseorang itu pasti tidak memperolehi kebahagiaan.
Cara Mencari Kebahagiaan:
Manusia berbeda pendapat dalam cara mereka mencari kebahagiaan. Berbagai jalan mereka tempuh untuk memperolehinya. Perbedaan pemahaman mereka dalam hal ini sangat ketara.
Golongan I:
Mereka berpendapat bahwa kebahagiaan yang dicari itu terdapat pada keseronokan yang bersifat kebendaan dan kenikmatan yang zahir.
Golongan II:
Kebahagiaan justeru dapat diperolehi dengan cara meninggalkan segala kelazatan duniawy dan keluar dari kongkongan fitrah.
Kedua-dua pandangan di atas adalah salah karena ia tidak sesuai dengan matlamat manusia diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai Khalifah Allah.
Golongan 1 : Yang hanya menumpukan perhatiannya pada kelazatan duniawy walaupun melalui cara-cara yang tidak diredhai oleh Allah SWT. Akhlak mereka runtuh. Allah golongkan mereka sebagai golongan yang kafir dan sesat. Allah samakan derjat mereka seperti binatang karena tidak memahami matlamat dan nilai-nilai hidup.
Firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 12:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الاَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ
Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.
Golongan 2 : Yang menjauhkan diri daripada kehidupan dunia. Mereka melihat dunia dengan pandangan yang serba negatif. Mereka seolah-olah ingin keluar daripada fitrah dan realiti. Perjalanan golongan ini seolah-olah memberi kesempatan dan laluan kepada golongan pertama untuk memimpin dunia. Dan bila itu terjadi maka akan hancurlah agama dan musnahlah dunia.
Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 87:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُحَرِّمُواْ طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللّهُ لَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Hai irang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Konsep Kebahagiaan Menurut Islam:
Kalau Islam memandang kedua-dua golongan di atas keliru dalam mereka memahami makna kebahagiaan. Maka Islam memandang manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi bertanggungjawab melaksanakan tugas kekhalifahan tersebut. Insan terdiri daripada roh dan jasad. Dan jasad bukanlah musuh atau penjara bagi roh. Jasad adalah alat bagi roh untuk melaksanakan semua kewajiban tersebut. Dunia ini tempat kita beramal, ia tidak obahnya bagaikan satu medan perjuangan, bukan tempat untuk bersuka-ria tanpa batasan dan bukan pula tenpat menyiksa diri.
Allah berfirman (Al-Mulk 67:2)
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya?
Ihsan Al-‘Amal (amal yang baik) dan ayat di atas dapat tersimpul dalam hubungan baik manusia dengan Allah melalui akidah dan ibadah, dan hubungan baik manusia dengan sesama mereka melalui akhlak dan budi pekerti yang mulia.
Kebahagiaan Terdapat Dalam Diri Insan:
Kalau kebahagiaan bukan terletak pada harta yang banyak, anak, pangkat, dan kebendaan lainnya, maka kalau begitu ia adalah sesuatu yang maknawy (abstrak) tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kebahagiaan yang sebenarnya ialah sesuatu yang muncul dari dalam diri insan karena keimanannya kepada Allah SWT. Tidak seorangpun mampu mencabutnya dari seseorang jika Allah berkehendak memberikan kepadanya.
Kebendaan Yang Wajar Untuk Mencapai Kebahagiaan:
Walaupun kebahagiaan sesuatu yang abstrak (maknawy), ini tidak bermakna kita mesti tinggalkan segala bentuk kebendaan.Bukankah baginda pernah menyatakan bahwa di antara tanda-tanda manusia yang bahagia ialah mereka yang memiliki wanita yang salehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang baik?
Yang penting, jangan sampai kebendaan melalaikan kita daripada mengingati Allah.Dan barangkali inilah rahasianya mengapa Allah mendahulukan akhirat daripada dunia dalam surah Al-Qashash ayat 77 di bawah ini:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الآخِرَةَ وَلاَ تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia.

Sunday

Pasal cemburu, tekan pisau dengan leher

eeeeeee....!!!!!!!

apa ni apa ni???
tak suke la bila baca benda-benda macam ni. tapi dah terbaca nak buat macam mana.
tergamak seorang lelaki yang bernama suami buat macam ni kat kaum perempuan 
bergelar isteri. hellllo...kalau tak reti jaga isteri,  baik jangan kahwin ok. 
semua orang ada perasaan cemuru. tapi berpada-padalah sikit takkan lahhh 
sampai nak acu dengan piso...bawak2lah berbincang yer...perbincangan itu 
membawa perdamaian. pisau tu menambahkan fail laporan di balai polis jer...haishhh.... 


sumber: harian metro

Tekan pisau di leher 

CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya.
CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya.
MELAKA: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya
tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.
Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya
yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang
 tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.
“Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil
bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa
kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.

“Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya
memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya
menarik rambut saya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.


Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku pada Ogos 2009 iaitu selepas enam bulan
pasangan terbabit bernikah, namun ketika itu mangsa tidak membuat laporan polis.

Siti yang bertubuh kecil molek berkata, suaminya menekan pisau berkenaan agak kuat
hingga lehernya luka.

“Dia mengugut membunuh saya jika meneruskan niat untuk bercerai. Dia juga
mengugut mencederakan anak saya iaitu anak tirinya berusia tujuh dan lima tahun.
Ini kali kedua suami memukul saya sejak berkahwin dua tahun lalu,” katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling pada 18 November lalu dan laporan
kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (IPD) keesokannya.

Menurut Siti, mulanya dia menyangka perkahwinan keduanya akan bahagia biarpun
menjadi isteri kedua.

Ini kerana madunya datang meminang selepas perkenalan singkat dengan
suami, sekali gus menguatkan keyakinan itu walaupun ahli keluarganya tidak bersetuju.

“Hanya enam bulan saya bahagia. Kami tidak pernah bergaduh dan suami melayan
saya dan anak dengan baik, namun keadaan bertukar apabila isteri pertama tiba-tiba
berubah sikap dan memberi bermacam tekanan hingga akhirnya saya diharamkan
berkunjung ke rumah mentua.

“Sebelum itu hubungan kami baik dan saling kunjung mengunjung, malah saya
sering membawa empat anaknya bermalam di rumah.

“Hubungan saya dengan suami mulai keruh apabila saya mengadu hal itu (berkenaan madu)
kepadanya. Saya jadi takut kerana suami mula menunjukkan sikap sebenarnya
 yang panas baran dan kerap memarahi saya,” katanya.

Siti tidak pasti punca sebenarnya dia dipukul dan mengesyaki ia mungkin
disebabkan suaminya terlihat gambarnya dengan seorang lelaki lain yang kebetulan
dihantar oleh rakan menerusi ruangan sembang.

“Malam kejadian, selepas balik daripada makan malam di Ayer Molek, kami
sekeluarga duduk di ruang tamu. Saya dan anak menonton televisyen hingga
terlena manakala suami pula sebelum itu menggunakan komputer riba.

“Saya syak mungkin sebab itu dia marah apabila terlihat gambar saya bersama
seorang kenalan lelaki ketika menghadiri satu kursus setahun lalu. Saya tidak
pernah memuat turun gambar itu dan menyimpannya di dalam komputer,” katanya.

Disebabkan pelbagai masalah itu, mereka pernah berbincang dan dia meminta
cerai, namun suami enggan dan memarahinya.

Dia berkata, mereka juga pernah menghadiri dua sesi kaunseling di Jabatan
Agama Islam Melaka (Jaim).

“Oleh kerana tiada penyelesaian, kami kini menumpang di rumah keluarga kerana
saya bimbang keselamatan diri dan anak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah berkata, pihaknya
bersama peguam pembela akan mengambil tindakan berhubung permohonan
 proses perceraian selain bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) bagi memberi perlindungan sementara kepada wanita terbabit.

“Isu keganasan rumah tangga banyak dilaporkan akhir-akhir ini dan pihak kami
ada beberapa kes seumpamanya. Peguam kami yang mengendalikan dan
kes seperti ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Mengenai kes Siti, kami syorkan dia diberi perlindungan di tempat sesuai
di rumah ibunya. Daripada segi perundangan, peguam akan uruskan secepat
mungkin,” katanya

Saturday

JoM g MAHA 2010

Semalam pergi MAHA yang dekat Serdang tu. sampai sana dalam pukul 3 ptg...
wah..first time g MAHA. seronok yer. macam2 ada..tapi yang macam-macam tu berkaitan dengan MAHA la...cantek bila tgok bunga-bunga orkid kat sana. banyak buah-buahan tempatan. besar tempat dia.
so kepada korang yang belum pergi lagi silalah pergi yer. semoga korang dapat manfaat daripadanya. tak rugi punye korang pergi.




anggerik kesukaan

comey salad tu


canteq sgt!


oh! interprem jap!


ratu buah...


pakcik, pilih jgn tak pilih




pelbagai pilihan


jackfruit











ps~borong buah-buahan tempatan...

Pakcik peminta sedekah


Siapa pernah kene mintak sedekah atau ada orang minta sedekah kat korang??.. huh..kompem ramai ada pengalaman macam ni. kalau bukan kat kedai makan mesti kat tepi jalan kan...dulu waktu kecik-kecik takdela pulak rasanya orang mintak sedekah byk sangat time tgh menjamu selera kat kedai makan but now dah jadi habit kowt... kalau tak bawak orang buta sebelah, atau seret anak dengan kerusi roda ada pulak yang bawak segala macam keropok n kerepek..saya bukan taknak beli cuma dah ada dah keropok tu kat rumah..hehehe
ha...ada lagi satu pengalaman saya..eh dua...ini pengalaman orang mintak tolong kat tepi jalan. masuk2 kereta je diorang datang mintak duit. pengalaman pertama ini tahun lepas, ada sorang pekcik tu datang kat saya & adik saya. kitorang baru lepas makan. dia datang dan cerita.."nak..pakcik nak mintak tolong sket nih....bla bla bla duit pakcik ada rm2 je..bla bla bla...nak mintak tolong nak bagi pakcik sikit duit...td pakcik mintak tolong sorang ni dia dah bagi ni...pakcik nak lagi sikit je...bla bla bla...." agak 3 minit jugaklah saya n adik berbincang "weh..nk bg ke tak ni..sian weh... tapi aku ada nie jer...ko ada bape? bla bla bla.." lima minit kemudian...."terima kasih nak...." sambil mencium-cium duit itu...ya Allah jika benar pakcik td dalam kesusahan, Kau ringankanlah bebannya...

pengalam kedua, baru lepas shopping dekat Ipoh...tetibe ada pakcik dengan motor buruk dia datang kat kami adik-beradik. "nak, ada rm8 tak? pakcik nak mintak tolong nak tukar tiub tayar.. udoh pecah.." ni lagi selamba terus mintak duit... saya macam tak pecaya jugak...tapi kuar jugak dari kete n tgok motor dia..hurm...wat2 tgok je padahal tak tgok sgt pun...so kitorang pun bagi la rm8 tapi mcm was2 jugak ngn pakcik tu. takpelah yg penting niat kita baikkkkk punyer... nak tolong orang dalam kesusahan...pakcik tu pun berlalu pergi sambil menyeret kapcai nya ke belakang bangunan...hope ada kedai motor kat situ...dan kami pun pulang ke rumah dengan biasanya...
ops! tapi sekarang ni ada banyak eh sindiket sedekah terutama sekali di bandaraya besar..Apa yang lagi menyedihkan, kanak-kanak juga turut dipergunakan tanpa rasa belas-kasihan.
APA PERSEPSI KORANG TENTANG MEREKA..??? tiba2 ada orang datang minta sedekah pada saya, saya jawab “maaf kak, takde duit pecah.” y y y??

calon SPM 2010!

Ops! harapnya tidak terlewat untuk akak...(guna panggilan akak sebab post ni untuk adik2 SPM) mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan SPM 2010 Dengan Jayanya.
jawab dengan tenang...takmo gopoh-gapah...ilek2 sudah...korang dah usaha kan...? so sekarang tawakal banyak2 kay...



hehehe...turn akak dah lepas...turn korang lak...lalala~
gOOd Luck!!!


Wajah Keriangan Beautiful Friends

Oh! jiwang pulak tetibe. nak wat jejak kasihan dengan beautiful friends saya...tanpa beautiful friends saya pun tak beautiful...hee...ya..semua orang pun tahu yang kawan-kawan itu penting dalam kehidupan kita selepas keluarga. tanpa kawan-kawan siapalah kita. orang ada cakap, kawan-kawan dapat mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya. kalau kawan kita tu macam A, maka orang yang tak mengenali kita pun akan mengganggap kita ni semulia A atau sehina A. tula..nenek korang kan dah pesan awal-awal, pandai-pandailah pilih kawan. jangan tengok dia ensem, dia canteq kamu terus nak berkawan dengan dia. memanglah boleh untuk berkawan dengan semua orang tapi yang saya maksudkan disini adalah kawan baik yang boleh dikatakan ke mana sahaja atau apa sahaja pasal kita dia tahu. kita luahkan cerita peribadi kita kat dia. kita tahu dia faham perasaan kita dan dia dapat memberi pertolongan serta nasihat yang bernas kepada kita. tapi ops! janganlah korang cerita kisah privacy korang dekat orang yang sembarangan yer. takut pecah tembelang plak karang although dia itu nampak indah di mata kita. nak cerita, cerita kat kawan baik je tau. tu kalau sayalah...terpulanglah pada korang macam mana...
eh! siapa kat bawah nie? jom kenal! hehehe



inilah antara wajah2 keriangan saya. saya riang apabila bersama mereka. kalah kanak-kanak ribena taw!
ha...yang dua orang kat atas ni bukan sama tempat keje yer. kebetulan diorang pakai baju warna sama time dating kat secret recipe..haha. nabiha & mieda! nabiha graduan akauntan dari Uniten & Mieda graduan jurutera awam dari UMP.(bijaksana kawan-kawan aku nih!)



wajah keriangan lagi~...blue specky girl ialah Dila graduan civil eng. dari UTP & sebelahnya Anis yang tgh cuti dari letusan gunung berapi Indonesia baru-baru ini merupakan mahasiswa dari Indonesia universitas mana ek..lupe sudeyh...amek kos farmasi..



haa...ini kembar Nabiha! name dia Nabila. student of MMU Cyberjaya. weh...sempat lagi bergambor sambil mencekik yer...haha



erm..yg kat tgh2 tu guwe tak kenal sapa...lalala



ini wajah keriangan keganasan kebisingan dan ke ke ke semualah...hahaha...inilah wajah2 antara adik-adikku... Alina & Farehah. student of Unimap & UiTM.


ISH! Budak kecik mana plak niee.....
haha..nilah wajah keriangan saya paling sangat bila jumpa budak ni.. 
inilah si budak kecik korea ala-ala gitu dengan kecomelan, kegarangan, kenakalan yang amat sangat. namanya ialah Putri Maya Alisya...aka my cousin. 
bulan 12 ni cukuplah umurnya 2 tahunnn...




mengkarok dengan budak-budak keriangan yang dewasa. haha...
erm..yg pinky tu namanya Adawiyah...keje kat MaRDI taw...nak ngorat? takleyhhhhhhhh....

ok sampai disini sahaja sesi perkenalan bersama wajah-wajah keriangan saya. harap bertemu lagi di lain masa. oh sebelum itu nak bagitahu, wajah-wajah keriangan saya semua dah berpunya termasuklah dak kecik Putri Maya tu. hahaha...sekian harap maklum... :P








Monday

MOOD PASANG LAGU

sekarang tetibe ada mood nak pasang lagu kat blog.
walaupun ramai yang kata kalau pasang lagu kat blog tu menyebabkan org tak suke nak kunjung blog kita.
tapi tak apalah. 
nak pasang juga lagu.

:P

APA ADA PADA WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

27. Senjata wanita adalah airmata!! 

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Saturday

HARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. 

Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen.  Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua. 

Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati. 

Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.

Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.

Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN


Friday

Atok Wan telah pergi

Assalamualaikum...
entry kali ni saya nak menulis sebagai memperingati pemergian arwah atok wan ku yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. 19/10/2010. ari ni 19/11/2010 genaplah 31 hari arwah pergi meninggalkan kami. betapa sayunya tatkala menerima panggilan yang tidak di duga. di saat itu, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan di hati. 
atok wan ku telah pergi pada umur 76 tahun.ketika dia mempunyai seorang isteri, 11 orang anak dan 32 orang cucu. 

hanya Allah dan dia yang tahu betapa beratnya dugaan yang harus dia terima. sehingga sampai satu ketika, beliau pergi jua setelah menempuh segala ujian dari Allah. selama 3 bulan arwah atok wan masuk keluar hospital. dan selama itu jugalah anak-anak dan cucu-cucu berulang alik dari Perak ke Kuala Lumpur untuk menziarahi atok wan. biar penat, biar habis cuti asalkan diri masing-masing dapat menatap wajahnya dan keadaannya yang sakit. supaya beliau dapat melawan sakitnya, supaya atok wan memperoleh semangat untuk melawan keadaan yang perit pada ketika itu.
pelbagai usaha telah dilakukan, namun Allah amat menyayanginya. amat sangat. atok wan pergi mengadap ilahi di sebuah pusat rawatan yang terletak di Bangi. itu usaha kami sekeluarga untuk lihat dia pulih, namun ajalnya sudah tiba di situ. redha... itu yang termampu di ucapkan pada bibir masing-masing. 


jam 1145 pagi, aku berada di dalam makmal mikrobiologi. pada ketika itu aku mendapat panggilan daripada adikku, Alina... pada saat itu aku igtkan dia ada masalah kerana suaranya seakan-akan dalam keadaan sedu-sedan..=>along...atok wan dah takde... aku terkejut..adakah apa yang aku dengar itu betul? tanpa disedari air mata mengalir laju.. ya Allah...itu je yg mampu ku ucapkan.. innalillah... aku terus meninggalkan makmal lalu terus bersiap untuk turun ke pusat rawatan itu. setelah sampai di situ, opah ku terus mendakap ku dan menangis di bahuku. aku tahu, betapa besarnya dugaan ini untuk opah terima. redha itu yang utama. setiap yang hidup pasti akan pergi. kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan ini... ku buka al-quran yang ku bawa bersama, lalu ku hadiahkan bacaan yasin untuk arwah atok wan ku. pada ketika itu, sudah ramai sanak saudara dtg menziarahi jenazah dan menghadiahkan bacaan yasin untuk arwah atok wan. tatkala membaca yasin, air mata mengalir tanpa sedar. ya Allah, sedih rasa hati pada ketika itu hanya Allah yang tahu...

arwah atok wan dikebumikan di tanah perkuburan di Teluk Intan. Alhamdulillah , dipermudahkan urusan oleh Allah.


Pemergiannya benar2 memberi saya satu kesedaran dan keinsafan..

Marilah kita terus muhasabah dengan kematian ini, bayangkan itu terjadi pada kita, adakah kita cukup bersedia untuk bertemu dengan Allah?

Saya menyeru marilah kita kembali kepada seruan Allah Taala dalam Al-quran dan kembali kepada sunnah Nabi Muhammad saw.

Marilah kita lengkapkan diri dengan Ubbudiah kpada Allah s.w.t yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa di seluruh ‘Alam, tidak mempersekutukanNya dengan yang lain.

 Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : 
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

( Adz- Dzaariyaat 51 : 56 )
Kembalilah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Kita semua juga pasti akan menghadapi hari yang sama dengan arwah Atuk dan semua umat yang telah kembali kepada NYA. Kerana sesungguhnya, benar, negeri akhirat itu adalah sesuatu yang pasti.

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..