KLIK DI SINI!

Saturday

Tahniah Rina Salleh! Juara Gadis Melayu 3

Wow! Kak Rina menang GM3! tahniah sekali lagi diucapkan kepada Norazrina Mohd Salleh atas kemenangan beliau. Kemenangan itu sudah dijangkakan memandangkan kelancaran, idea yang bernas dan kesopanan ketika menjawab soalan yang diajukan oleh juri pada malam itu. juri yang bertanya pada Rina Salleh ialah Angkasawan negara, Datuk Sheikh Muszaphar. Fuh! Rina Salleh ini juga merupakan seorang blogger, usahawan, model, beauty consultant dan merupakan bekas pelajar UTM.




Berikut merupakan hadiah yang telah berjaya dibawa pulang oleh Rina Salleh:-

    Wang tunai RM30,000
    Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
    Barangan Singer bernilai RM10,000
    Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
    Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts

Diharapkan Rina Salleh akan terus berjaya dalam bidang baru yang diceburi ini. semoga kak Rina menjadi ikon gadis melayu yang terunggul dan dapat memberi impak positif kepada masyarakat terutama para belia masa kini. insyaAllah...
       

psst: before Kak Rina kene kuarantin dalm GM3, sempat la jumpa dia dekat UKM. Dan Kak Rina dengan hati baiknya telah belanja saya makan.. memang baik dan lemah lembut orangnya. sesuai sangat lah jadi ikon gadis melayu. :) Good Luck sis!



1 comment:

chairooL ruLez said...

dengar cite pasni ade program nak replace gadis melayu tukar jadi jejake jawe lak..haha

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..