KLIK DI SINI!

Monday

Paris Hilton si rambut perang

Transisi hidup Paris
Masyarakat sekeliling pernah menyifatkan Paris hanya menghabiskan duit keluarga tanpa berusaha melakukan sesuatu demi masa depannya.
“Secara jujur saya tidak suka dikaitkan dengan pewaris Hilton. Sehingga ke hari ini saya masih mendengar kata-kata yang kurang enak tentang diri saya. Persepsi segelintir individu menyangka gadis berambut perang seperti saya tidak bijak dan lembab adalah tidak benar.



“Saya tidak pernah menyesal memiliki rambut perang malah, berbangga kerana ia menawan seperti mendiang Marilyn Monroe atau Puteri Diana,” kata Paris yang gemar menonton persembahan Aaron Spelling dan program Beverly Hills serta Models Inc.
Mengulas mengenai gelaran ‘celebutante’ (selebriti popular bukan kerana bakat tetapi kerana kekayaan dan kontroversi) yang dilemparkan kepadanya Paris tidak cepat melenting.
Pinta penggemar kek cawan itu, berikan dia peluang untuk membuktikan sesuatu. Dia mengakui sikapnya kini jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dia menjadi lebih bertanggungjawab dan serius dalam setiap kerja yang dilakukan.
Atas faktor menginjak usia 19 tahun, Paris yang obses berfesyen melibatkan diri dalam dunia peraga.
Memiliki susuk tubuh yang langsing dan wajah jelita memudahkan Paris mencapai impian tersebut. Lantas dia mendaftarkan diri dengan agensi model Donald Trump’s, T Management.
Dia juga pernah berkerjasama dengan Ford Models di New York, Nous Model Management di Los Angeles dan Premier Model Management serta Models 1 Agency di London.
Antara kempen iklan yang pernah dijayakannya ialah Guess, Tommy Hilfiger, Christian Dior dan Marciano.
“Berkat kerjaya model dan berlakon untuk beberapa buah produksi saya telah mengumpul wang sedikit demi sedikit sehingga berjaya melancarkan koleksi beg tangan jenama saya sendiri. Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.
“Bukan mudah mengusahakan perniagaan, apatah lagi produk kita menembusi pasaran luar. “Saya akui banyak mendapat tunjuk ajar daripada ayah dan mendengar kata hati. Saya juga mengembangkan jenama fesyen saya dengan melancarkan koleksi minyak wang,” terang Paris yang bercita-cita membuka rangkaian hotelnya sendiri.
Nampaknya kesungguhan Paris membuktikan dia kini bukan lagi sosialit dungu dan gilakan kontroversi murahan seperti fasa remajanya dulu.
Meskipun mampu membayar tenaga kerja yang ramai bagi memastikan produk beg dan minyak wanginya terjual di pasaran, tetapi anak kepada pasangan Rick dan Kathy itu tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mempromosikan produknya.
Tambah penulis buku Confessions of an Heiress : “Saya tidak pernah bosan mengembara ke seluruh dunia untuk mempromosi sendiri produk saya.
yeehaaa!!!~~sumber dari sini
rasanya ada pembetulan sikit kat sini...terkejut tertulis umur dia nak masuk 19..tapi atas dasar musykil aku check kat web lain umur dia sebenarnya 29...lahir pada tahun 1981...n terpandang lak tinggi dia 1.73m (5'8'')..laa..lebih kurang tinggi aku je la..tapi tgok kat tv macam tinggi 1.85m je..maybe dia kurus sangat nih...tu yg nampak memanjang..huhuhu...so,takdela aku terasa rendah sgt nanti kalau dia nak berdiri sebelah aku kan...ahaha (ada hati konon nak diri sebelah ParihHelton)...dia ni mmg cun r..tapi silap sbb dadah kan...tula..kalau tak kompem2 ko dah datang malaysia...sape suh...by the way, whatevalah!...

3 comments:

k.i.w.i said...

tak penah dgr pun nama paris hilton ni

skycatcherz said...

huih banyak info pasal paris nih.. tapi klaka pulak baca artikel bahasa melayu :) macam baca berita pulak..

ak pn xcaya dia 19,sib baik dh betulkan fakta tuh :p

fifiyana said...

i like paris hilton...
dah la cantik, kaye plak tu..
hehe..nak jadi cm die..bleh bli mcm2..hehe

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..