KLIK DI SINI!

Monday

anugerah cemerlang untuk si perokok tiada

ALOR SETAR – Mulai tahun ini, Jabatan Kesihatan Kedah telah menetapkan hanya warga kerja jabatan itu yang tidak merokok akan dipertimbangkan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang.

Pengarahnya, Dr. Marzukhi Md. Isa (gambar kecil) berkata, biarpun seseorang kakitangan itu bertugas dengan cemerlang tetapi mereka tetap tidak berpeluang untuk menerima anugerah tersebut jika mereka merupakan seorang merokok.
Tegas beliau, langkah itu diambil bagi membasmi tabiat merokok di kalangan warga kerja jabatan itu.
“Ketika ini, terdapat seramai 13,000 kakitangan di Jabatan Kesihatan Kedah dan daripada jumlah itu, 30 peratus adalah perokok dan kita tidak mahu doktor yang sentiasa mengingatkan pesakit tentang bahaya merokok adalah seorang perokok.
“Jadi, kita mengambil inisiatif ini supaya mereka (kakitangan kesihatan) mengurangkan pengambilan rokok dan sekali gus berhenti merokok,” katanya selepas majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri di Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.
sumber: kosmo

haa..setuju2...tak sesuai jika doktor yang merokok nak nasihat pesakit yang merokok.. sebagai seorang doktor atau kakitangan jabatan kesihatan, sepatutnya mempunyai gaya hidup yang sihat dan yang paling penting tidak merokok. diharap tidak hanya negeri Kedah sahaja yang akan menetapkan garis panduan sebegini malah diharapkan satu Malaysia akan berpendirian sebegini. dan juga diharapkan agar tidak hanya jabatan kesihatan malah seluruh jabatan kerajaan menjalankan peraturan sebegini. semoga Malaysia menjadi negara yang sihat bahagia dan bebas perokok..!

No comments:

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..