KLIK DI SINI!

Tuesday

10 malam terakhir Ramadhan

'Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.'

Firman Allah SWT: Maksudnya: 
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)


Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.


Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :

  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.


Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”
Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.
Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”
Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”
Malam LailatulQadar... tanda-tanda dan waktunya


Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.
Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:


Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.
Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Monday

mummyyyyyyyyyyy...so tired~~

kecapekan kepenatan mengikuti kursus HACCP pronounce mcm ni...HESERP...  membuatkan ku tido terlena scr tak sgaje..huhu...


pas berbuka tadi..ku dah balun menikmati nasi lemak Pajero yg dibeli kat area bazar PKNS Bangi...tak tau r nape letak nama  pajero kat nasi lemak dia tu tp kwn aku ckp bcoz transport dia gune pajero tp aku tgok mn ada pajero...van adela...then my fren jwb, tahun lps kot dia bwk pajero..haha..apa2 jela..yg penting nasi lemak pajero ada facebook k...sedap jugak...aritu beli nsi lmk lauk paru..marbeles gak..pastu td bli lauk ayam plak...ayam goreng...lauk ayam dia mhl sket, 450 sen, kalo lauk lain 350 sen n kalo telur goreng 250 sen je..


okayh.


berbalik kepada penat..akibat penat yg amat sgt..ku tertidor pas solat Maghrib...igt smntara nak tggu solat Isyak n b4 g trawih nak rehat2 jap tgok2..pi alam lain lak dah...mimpi tah hape2 aku pon dah tak hengat. yang penting kul 3 pg terbangun...aku kalo dah tido 6 jam kompem terbangun scr automatik..oke sila kire kul bape sy start tido. bgun2 je...dialog aku,'eh aku kat mana ni?' dgn telekung2 nya aku tido...tak pernah2 kot! tgok fon ade gak mesej...my syg lak tak kaco..bg 1 mesej je..(mst beliau tak smpai hati nak kac0 budak ni tidor mati)...alarm pun tak set...mn nak sedar....


okayh.


pastu trus solat isyak n wat aktiviti yg seterusnya.....nak study...cet! bila buka laptop, study ke? tetibe terstudy buku Muka okayh...Fb! byk plak content2 atau topik subtopik yang menarik untuk dibaca..ahaks! ni sume iman tak kaut kuat nk mlwn nafsu FB.haish...kuatkan iman ye cik yana..gu dpn ada exam...lg assigment..lagi presentation..sedor diri tu sket yer....mekaseh~~


erm..sdg syok melayari internet.. (ayat kalo bleh nak skema oke)....i received a msg from my adeq... mesej yg berbunyi sebegini...


23 Aug2010 4.00am
Salam Ramadhan kareem. 
sblum melelapkan mata, sy ingin memohon maaf atas sgala slh silp sy pada kalian. andai ada tersalah laku, trksar bicara, trguris hati, mohon maafi saya.dan alhamdulillah saya sudah memafi kalian. InsyaAllah moga terhapus dosa2 kita dan moga hati lebih tenang dan damai. moga panjang umur dan sama2 lah kita mnghayati Ramadhan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.Allahuakbar! Wassalam....


insyaAllah dik...sama2 la kita maaf memaafi antara satu sama lain....
okeylah..tyme to sahur...moh kite bersahur..ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi....
renung2kan dan selamat beramal...!

Saturday

lagu RAYa

mood dgr lagu raya dah dtg!!!!!!!!!!!!!!


 yeay!! tetibe rs syok mencari lagu2 raya yang best kat 4shared file...

sblum ni tak rasa sgt nak dgr lagu raya..tp bila kawan aku dah hari2 dok masang lagu raya sebelum pose lagi ok! membuatkan aku dah rasa berkobar nak dgr lagu raya je nih....
antara lagu feberet aku..feberet la jugak...ialah seperti:

dendang perantau..lagu2 yang ct nyanyi..tah aku rs mcm lagu ct tu best la plak...
lagu ku pohon restu versi mamat je ok..mawi out. lagu2 raya sudirman....n byk lg...n ada satu lagu tu ku berkenan dgn intro dia iaitu lagu senandung raya untukmu...by dayangku intan..haha...layanzz~~

first day HaccP

Fun

Happy

Serious

Sleepy

Haha..tu je yg aku dpt describe kan wat masa skrg...sesungguhnya banyak maksud tersirat berdasarkan patah perkataan di atas....
xie xie~


From Jururunding TeMan



During preparation for presentation



haha...tgh rehat2 kat surau...peace!

Friday

haccp~re-U~atOk!

esok aku ade kursus der...kursus pasal HaccP....fuh...kene p beb..kalo p lmbt, ongkosnya lagi mahal..ni pun dah kene caj RM300 hengget! kalo pi lambat mau nk dekat seribu sehebu kene bayar...so aku pun decide le nk pi tyme ade kesempatan kelapangan di waktu muda ini...kursus ni akan dijalankan selama 3 hari berturut-turut siap ada ujian test exam gitu! wuuu~
so..bermula episod mkn berbuke puasa beramai-ramai bersama kawan-kawan seperjuangan...yeahh~~
smoga ilmu yang bakal  ku dpt tu akan ku manfaatkan sepenuhnya...

huhu..tapi tgh sayu sedih ni coz kwn2 kelas skolah menengah aku Ex-MareSmaRT wat re-U la plak ari sabtu ni..tak dapat nk ngejuin laaaaaa...huhu....takpela...hope next time akan ketemuk sama mereka jugak...ghindu banget sama mereka!

n sabtu ni plak mama abah turun KL sbb nak tgok atok wan aku...dia tgh sakit n ade kat wad IJN..last week aku visit tgk keadaan beliau lemah amat..sedih ku lihat keadaan beliau..huhu..n juz tghri td aku received news dr uncle aku yg ckp atok wan nak kene operate one more time coz ada darah beku kat belah kiri jantung beliau..aduHHH..risau betol la....atok wan aku dah umo 74 tahun..kompem sakit..makan pun tak selera..kalo org muda pun dah lemah amat apatah lagi org tua...atok..sabar ye..ni sume ujian dari tuhan..semoga atok kuat untuk menempuhnya di bulan Ramadhan yang mulia ini....amin~

Wednesday

SOLAT TARAWIH

HlKMAH
Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud berhenti rehat adalah berhenti sekejap.Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur.
Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat(ihtisaban)(2) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)(3)
Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Solat tarawih ini jika dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan dipanggil solat malam – “solat lail”. Namun solat tarawih lebih utama kerana kedudukannya pada bulan Ramadhan. Solat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi, tetapi cara melakukannya ada kalanya berjamaah di masjid dan ada kalanya 

kelebihan solat tarawih
  • Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
  • Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
  • Malam 3: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  • Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  • Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
  • Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Malam 10: Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
  • Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
  • Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16: Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
  • Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
  • Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
  • Malam 23: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
  • Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
  • Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
  • Malam 29: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
  • Malam 30: Allah S.W.T. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.

Tuesday

kebaikan dan kelebihan bersahur

Ibnu Umar(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur. "

Betapa besarnya kurnia Allah ke atas kita sehinggakan makanan yang diambil ketika bersahur untuk berpuasa pun diganjari dengan banyaknya. Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan bersahur dan ganjaran-ganjarannya juga dinyatakan.

Pengulas Sahih Bukhari, Allamah Aini telah menukilkan kelebihan bersahur daripada tujuh belas orang sahabat yang berlainan dan kesemua ulama bersetuju bahawa bersahur adalah mustahab (disukai). Kebanyakan orang sering terlepas daripada ganjaran besar ini semata-mata kerana kemalasan mereka. Setengahnya sudah tarawikh, mereka lantas makan (yang disangka mereka itulah makanan sahur) lalu pergi tidur. Betapa besarnya berkat yang telah mereka kerugian! Sahur sebenarnya bermaksud mengambil makanan sebelum hampir waktu subuh menjelang. Setengah ulama mengatakan bahawa waktu sahur bermula selepas sebahagian daripada malam berlalu (mirqat).

Pengarang Kasy-Syaff (Zamakhsyari) telah membahagikan malam kepada enam bahagian, dan menunjukkan bahagian yang terakhir adalah waktu sahur, jadinya apabila malam (iaitu setelah matahari terbenam sehingga subuh) mengambil masa sebelas atau dua belas jam, maka dua jam yang terakhir adalah waktu yang tepat untuk bersahur. Maka hendaklah diingat juga bahawa mengambil makanan pada waktu yang paling lewat terlebih besar ganjarannya daripada makan pada waktu awal dengan syarat tidak ada keraguan bahawa makanan sahur telah diambil sebelum subuh. Banyak sekali hadis-hadis yang memberitahu tentang kelebihan bersahur.

Rasulullah (saw) bersabda: "Perbezaan di antara puasa yang kita lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak melakukannya." Baginda bersabda lagi: "Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar, dan lagi, terdapat keberkatan di dalam tiga perkara iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "

Di dalam hadis ini, penggunaan perkataan jamaah adalah bersifat umum, yang mana dapat disimpulkan bahawa ia termasuk solat berjamaah dan lain-lain amalan kebaikan yang dilakukan secara berjamaah kerana pertolongan Allah datang kepada mereka. Tharid adalah sejenis makanan yang enak yang diperbuat daripada roti bakar yang dimasak bersama daging. Perkara ketiga yang disebutkan di dalam hadis ini ialah sahur. Apabila Rasulullah (saw) mengundang mana-mana sahabatnya untuk makan sahur bersama-samanya, baginda selalu bersabda: "Marilah mengambil makanan yang berkat ini bersama-samaku."

Di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa: "Bersahurlah dan perkuatkan puasamu. Dan tidurlah selepas pertengahan (khailullah) untuk membantumu bangun pada akhir malam (untuk beribadah). "

Abdullah bin Harith (ra) meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah berkata: "Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah (saw) tatkala baginda sibuk bersahur. Kemudian, Rasulullah (saw) bersabda: 'Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan.’

KURMA DAN KHASIATNYA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma;

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.


Monday

berbuka puasa

selamat berpuasa n selamat berbuka puasa dan selamat bersahur kepada yang bersahur... ;)
arini dah genap hari ke6 umat Islam berpuasa...esok genap la 7 hari kita berpuasa...semoga umat Islam diberi kesempatan untuk menikmati bulan Ramadhan pada tahun ini dan diberi ganjaran yang berlipat ganda..


tadi saya berbuka apa yer? erm..saya berbuka dengan nasi goreng kerabu je.before that jamah kurma dua biji...kompem kena ada kurma waktu nak berbuka..kalo tak.. kompem rasa mcm tak lengkap je hidangan berbuka puasa saya.... hee ;)


after makan tu...sempat lagi promote kueh raya kat kwn2 yang buke sama ngn saya..saje promote kueh raya yang makcik saya buat..memang sedap la..ade biskut coklat chips, biskut nestum dan tart nenas...biskut almond london pun ade...disebabkan biskut yang sedap itoo...kawan saya telah mengorder 3 jenis biskut...baru promote kat dua org..lom 10 org lagi..hehe...tapi seriously..biskut coklat chips makcik sy buat tu mmglah sedap...kalah biskut Chipsmore taw! makcik sy tu mmg buat kueh raya tyme bulan pose...customer ramai tu..sejak sy sekolah rendah lagi dia dah wat..nak tahu tak sape yg sarankan beliau buat bisnes? mestila abah saya! hehe..tp...anak beliau wat biskut pun tak pandai..huhu...kene curi2 masa nak blaja wat biskut sedap dari makcik sy tuh..(ok!)..huhu...

Friday

salam Ramadhan

assalamualaikum....


kepada kengkawan..rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa....
hehe...semoga kawan2 dapat menjalani ibadah puasa ini dengan jayanya...insyaallah...
semoga kita semua dapat tahan nafsu makan minum merokok dan sebagainya...
puasa tau...dont ponteng2...tak baek punyer...~~ ('.')

Wednesday

ALAHAI......!

alahai! alamak! alapak!
kesian nye kat blog aku ni...
dah bertahun ditinggalkan...
kalo ari2 update kompem beribu-ribu kot post yg terkumpul kat blog ni.tp ku tdk kecukupan waktu..uhu~~~
sowi sowi shakela kela kelattt..(mcm lgu korea tu~)....

erm...pe je la aku nk ckp ek..actually so bnyk things yg aku nak cite..tp mcm nak cite ke taknak, nak ke tak nak, nak ke taknak...tu yg duk tersarang jer blog ni..
kepada shafiq hanafi yg menegur blog juzyana ni...mintak memaaplah yer..akak kesuntukan time to hapdet my blog comey nie..uhuuuu~~

haaa!dah terlajak menghapdate nie...ku nak beritahu kalian semua..bahawa atok ku baru sahaja menjalani pembedahan jantung(bypass),pg td...seb bek td ku takde kelas...leh la pegi ijn tu untuk lihat keadaan atok kesayangan ku itu...

seawal 6.30 pg kami anak beranak keluarga tuan hj yaacob dah berkumpul di bilik atok ditempatkan di ijn...atok masuk bilik bedah dalam kul 8 pg...doktor jangkakan pembedahan akan mengambil masa dalam 4 atau 5 jam..walaubagaimanapun, pukul 2 ptg barulah pembedahan selesai..knapa lmbt?? sebab sebetulnya injap jantung atok aku mengalami masalah..doktor tidak dapat kesan masalah itu sebelum pembedahan..pada awlnya hanya salur darah yang tersumbat...sume muke anak beranak menjadi risau termasuklah aku cucunya....huhu..sume masuk ke icu untuk melihat keadan atok..tp 2 by 2 je yg leh masuk...hurm....aku lihat raut wajah atok tenang je...sayu aku melihatnya....dlm hati ku berdoa semoga atok cepat sembuh...aku rindu atok aku....

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..