KLIK DI SINI!

Saturday

petanda sakit

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

* Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

Hidung sebu

* Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
* Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin

* Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
* Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Batuk

* Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
* Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
* Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat

* Sistem penghadaman yang lemah.
* Perut mengandungi angin.
* Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh

* Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
* Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit

1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

* Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
* Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:

* Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
* Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:

* Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
* Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:

* Sistem jantung yang lemah.
* Sistem saraf otak yang lemah.
* Masalah pengaliran darah.

Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Wallahu a’lam

Wanita koma ditikam 19 kali, disimbah asid

Sumber: BH


Bayi dalam kandungan maut

ULU TIRAM: Seorang wanita yang mengandung enam bulan koma manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas dia ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, di sini pagi kelmarin.

Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru berikutan cedera di bahagian perut, selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki.

NURAIN ASHIKIN yang menjadi mangsa   tikaman 19 kali dan melecur disimbah asid.
NURAIN ASHIKIN yang menjadi mangsa tikaman 19 kali dan melecur disimbah asid.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Nurain Ashikin Jemedi, 17, didatangi seorang lelaki berusia 42 tahun yang kemudian secara tiba-tiba menikam mangsa sebelum menyimbah cuka getah ke seluruh badan mangsa.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada bersama adik perempuannya berusia 13 tahun dan anak saudaranya berusia 2 tahun, manakala ibunya keluar menoreh getah di kawasan berhampiran rumah mereka.

Suspek dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa sebelum menendang pintu biliknya dan menyerang mangsa dengan menikamnya sebanyak 19 kali.

Mangsa cuba melarikan diri ke bilik air, namun suspek mengejar mangsa serta menyimbahnya dengan cuka getah menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan.

Adik mangsa yang berada di tempat kejadian menelefon kakak mereka bagi memaklumkan kejadian itu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, ketika mengesahkan kejadian berkata, suspek ditahan selepas menyerah diri sejurus kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu selepas mangsa yang mengenali suspek sejak berusia 12 tahun, dikatakan keluar bersama lelaki lain.
“Anak dalam kandungan mangsa meninggal dunia akibat terkena tikaman suspek, malah mangsa juga kini koma dan hampir seluruh badannya termasuk bahagian muka melecur akibat disimbah asid.

“Suspek kini direman sehingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Zuraidah Jemedi, berkata dia dan keluarganya tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya.

“Kami dan tidak menyangka suspek boleh berkelakuan sebegitu. Suspek memang baik dengan keluarga kami, malah dia turut ada hati dengan Ain,” katanya.

Selsema Oh Selsema...


Apakah itu selesema?
Iaitu satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh
virus.


Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom selesema?
Simptom-simptom yang biasa adalah :

Batuk
Demam
Sakit tekak
Sukar bernafas
Hidung tersumbat dan akan semakin teruk dan berkahak
Akan bernafas melalui mulut kerana hidung yang tersumbat.
Simptom-simptom lain termasuk:

Bersin
Keletihan
Sakit kepala
Hilang selera makan
Muntah dan cirit-birit.
Apakah rawatan untuk selesema?

Selesema adalah satu penyakit kendiri. Tiada rawatan khusus
diperlukan dan rawatan dilakukan hanyalah dengan membuat kanak-kanak
itu merasa selesa. Langkah-langkah penting termasuk:

Rehat yang sempurna
Mengambil banyak air
Mengambil makanan yang berzat
Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat mereka selesa
Anti-biotik tidak diperlukan
Langkah-langkah untuk melegakan hidung tersumbat

Menggunakan titisan salin nasal sebelum memberi makan bayi atau tidur
Dalam
kes yang lebih teruk, boleh gunakan ubat pelega sesak hidung tetapi
mesti berhati-hati kerana kesan sampingan seperti rasa mengantuk, tidak
selesa dan sukar untuk tidur.
Gunakan penyedut lendir manual untuk kes yang lebih teruk.
Aspirin tidak sesuai bagi mereka yang kurang dari 15 tahun.ia boleh
dikaitkan dengan satu penyakit yang serius dipanggil ‘Reye’s syndrome’.
Bolehkah selesema dirawat?

Selesema tidak boleh dicegah tetapi ada cara untuk mengurangkan kadar jangkitan :

Jangan terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti
Basuh tangan sebelum makan dan selepas menyentuh hidung
Gunakan tuala tangan pakai buang menggantikan sapu tangan
Ajar anak-anak supaya menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dan basuh tangan serta merta.
Jika seseorang mendapat selesema, mereka hendaklah menjauhi pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah
Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat.

Monday

Jangan Kurangkan Tidur

Kepada orang-orang yang tengah mendiet atau berdiet, sila jangan tidur kurang daripada enam@6 jam okeyh. Sebab  kalau kurang tidur akan menyebabkan  kehilangan pengurangan lemak sebanyak 55%-60% berbanding orang yang berdiet dan mengamalkan tidur yang cukup. ini merupakan bukti terbaru yang bagitahu bahawa tidur yang cukup dapat tolong kita untuk turunkan berat badan kita dengan lebih mudah. tak kira la apa situasi pun, pastikan tidut korang tu menjadi keutamaan dalam hidup korang...ops..tidur bila sampai waktu malam shj...tidur siang tidaklah digalakkan sangat...


Warna Merah Jambu/Pink Elak Insomnia

Kajian mendapati bahawa warna merah jambu mampu mewujudkan susasan santai dan selesa serta mewujudkan rasa romantik dan mendamaikan. hiaslah bilik tidur dengan warna pink ataupun cadar korang warna pink. serikan lagi dengan haruman aromaterapi yang pasti mampu merangsang korang untuk mendapatkn tidur yang nyenyak..


ps: patotla aku senang je nak tido, sebab cadar aku warna pink suwit muwit...!

Kalau Korang Rasa Lapar

kalau la tiba-tiba korang rasa lapar...korang buat apa ek? buka peti ais? buka tudung saji? kompem kan?! haha...
tapi kalau korang rasa lapar tapi taknak makan, mandi adalah cara terbaik untuk alihkan perhatian perut korang terhadap rasa lapar tu...
mandi dengan sempurna akan menenangkan fikiran dan tubuh akan rasa lega.
lama -kelamaan rasa lapar itu akan hilang dengan sendirinya.. 

BiLA nAK timBANg BErat BadaN?

Sehari tak timbang berat badan tak sah kan? tgok smlm 10 kg, kot2 arini 30 kg...kan dah naik 20 kg? kene diet la mcm nih!...ops..tp aku bukan mcm tu maaa... sebab..menurut pakar, tidak elok jika kita selalu timbang berat badan kita. especially bila korang tengah mendietkan diri. awatnyaa? ialah...sebenarnya pakar cakap macam tu sebab nak lancarkan operasi diet korang tu... eloklah kiranya korang2 yang tengah mendiet tu timbang berat badan korang seminggu sekali. ha, sekali timbang turun 10 kg nyah! minggu lepas 60kg minggu ni dah jadi 50 kg. kan best namanya tu. kan dan macam surprise tu. hehe..tapi korang yang mendiet tu kenalah pegang pada prinsip pelan diet korang tu. kalau lah pelan diet korang tak di ikut dengan baik, bukanlah diet namanya.... haishh~ elakkanlah perbuatan selalu menimbang berat badan sebab jika ada sebarang perubahan yang tak diingini boleh menyebabkan korang nak berdiet dengan cara yang lebih teruk. takpun korang terus bosan dan dah taknak diet langsung! 

Jangan Ambil Daging Merah Banyak Sangat

Menurut seorang penulis yang telah melakukan kajian selama 10 tahun dengan melibatkan seramai 10 juta orang (aku tak tahula betol ke 10 juta org)...dia ckp bahawa makan daging merah atau daging proses sebenarnya boleh memendekkan jangka hayat korang takpun dengan bahasa sempoinya, leh cepat daripada biasa untuk menghadap tuhan. Itu menurut kajian la kan, tapi kalau kita ditakdirkan mati awal, tak siapa dapat menghalangnya. Dan menurut penulis itu la kan, mereka yang makan daging merah lebih cenderung mati akibat kanser sehingga bilangannya mencecah 20% berbanding mereka yang kurang makan daging, tapi kan...jika korang makan banyak daging putih, ia akan memberi kesan melindungi terhadap penyakit itu...

Thursday

SEIN & NANA BERCERAI

Berita yang tidak gemar untuk didengar...tadi tgok fb sein * nana, ade org komen yg semacam je bunyiknye..bile search kat pokcik Google, tgok2 memang tertulis kat skrin laptop = sein dan nana bercerai talak satu... :(
Juara sehati berdansa ni turut mengalami dugaan yang sebegini. semoga sein dan nana akan lebih tabah untuk mengharungi kehidupan yang mendatang...
anak-anak korang comey2..hope korang tak abaikan anak-anak..

Monday

Tolong Ajar saya bAhasa ini..

Hok aloh...bahasa apa kamu nak belajor nie? bahasa inggeris? perancis? thailand? ehehe...oh semestinya tidak..arini aku nak blajo bahasa terengganu. ada sape2 yang berasal dari situ tak? kalo la ada sape2 yang baca entry aku nih, silalah buat air ayat dengan menggunakan perkataan2 yg mcm ada kat bawah nun. dulu, aku pernah beroommate kan dengan org terengganu. setahun gok la aku duk mendengor deme ckp tengganu smpai kengkadang aku terikut deme ckp bahasa deme tu. kalo nak pi makan, mesti tanya aku, arini makang ikang ke ayam? haha..hoo makang ikanggg ari niii....oo..tapi itu cerita 6 tahun lepas...jadik kenangang jerk skg.. tapi aku ada dgor yang bahasa terengganu ni bahasa kedua terhebat di dunia. betoi ke? hehehe... aku rs sebab ada kata ganda atau kata penguat la kat blkg sesetengah perkataan contohnya macam busuk kohong = busuk giler...n banyok lagie. sumpah! kalo kene kutuk dengan org terengganu aku boleh senyum dengan gumbira sebab tak phm sgt..hehehe...


ish2..sape leh ajar aku ni? mesti byk lagi perkataan yang takde dlm senarai di atas...jom belajar BAHasa TeReNGGaNU! tak baik taw kedekut ilmuuuu....

Friday

Lelaki simbah asid kena penjara


  • Foto
    Dahyatul bersama ibunya, Che ku Zaimah, semalam.
  • Foto
    MANGSA simbah asid, Dahyatul (kiri), isteri Mat Haizan, Che Ku Zaimah Che Ku Awang (dua dari kiri) serta Irfan (kanan) yang dipangku neneknya, Minah Omar di luar Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
  • Foto
    Mat Haizan Mat Yasin
Tertuduh mengaku bersalah cederakan dua anak turut dihukum dua sebatan

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kepada seorang lelaki kerana mendatangkan cedera parah terhadap anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan simbahan asid.

Bagi pertuduhan kedua iaitu mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh ditangkap pada 16 Ogos lalu.
Hakim M Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu selepas menimbangkan pengakuan bersalah Mat Haizan serta mengambil kira sokongan keluarga itu yang masih melawat mangsa di Penjara Marang walaupun menjadi mangsa perbuatan kejam tertuduh. 

M Bakri dalam penghakimannya berkata, penjara dalam tempoh panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang akan berubah tetapi kasih sayang keluarga dapat memberi peluang pesalah memulakan hidup baru.

"Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana keluarga masih sudi melawatnya di penjara tetapi terpulang kepada isterinya sama ada mahu menerimanya semula atau tidak.

"Saya ingin mengingatkan orang yang kuat bukan kerana berjaya mengalahkan berpuluh musuh tetapi mereka yang boleh mengawal nafsu marahnya,” katanya. 
Mengikut kertas pertuduhan, Mat Haizan yang menganggur didakwa sengaja mendatangkan cedera parah terhadap Nurul Dahyatul Fazlinda dengan menggunakan benda melecur iaitu asid, pada jam 1.45 pagi 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Irfan Firdaus pada tarikh, masa dan tempat sama.

Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan tindakan isterinya meminta cerai. 

Dia dikatakan memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa sebungkus plastik cecair mengandungi asid yang kemudian disimbah kepada mereka. 

Dalam prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam Faezahnoor Hassan, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud. 

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama pada 25 Ogos lalu, selepas mengaku salah menyimbah asid ke atas isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28. 


sumber: berita harian online

Wednesday

Nuffnang tak suke aku ke??

huhuhu...sedih aku..
kenapa earning aku takde perubahan ek...
sama macam dua minggu yang lalu.
tak berubah-ubah pon...
padahal traffik boleh tahan jugak..haish..
kecewa2...
encik nuffnang...baikkanlah hati awak pada saya...
saya merindui earning dari awk...
pliz3...

JANGAN BERSEDIH, BACALAH INI...

Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. tumpukan diri kita pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai merupakan kebodohan yang menyebabkan kegilaan.

Jangan menyibukkan diri dengan masa depan sebab ia masih berada di alam ghaib.

Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. teguhkan pendirian kita dalam menghadapinya, dan sedailah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri kita setara dengan kritikan tersebut.

Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan maka berzikirlah selalu

Setiap hamba harus menyedari bahawa setiap yang berlaku itu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadhar.

Jangan menunggu ucapan terima kasih daripada seseorang.

Persiapkan diri kita untuk menerima kemungkinan terburuk.

Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri sendiri.

Berfikirlah tentang nikmat lalu bersukurlah.

Percayalah bahawa apa yang kita miliki jauh lebih banyak daripada apa yang dimiliki oleh orang lain.

Dari masa ke masa ada sahaja jalan keluar.

Dengan musibah, hati akan tergerak untuk berdoa.

Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.

Jangan hancurkan hidup kita hanya kerana perkara-perkara yang remeh.

Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas KeampunanNya.

Jangan marah, jangan marah, jangan marah!

Janganlah risau hanya kerna tiada harta, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan.

Dan, di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.

Kebanyakan apa yang kita takutkan tidak akan berlaku.

Tinggalkan semua desas-desus dan jangan percaya pada khabar angin.

Kedengkian dan keinginan kita yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan kita je, lebih besar daripada apa yang akan menimpa pihak lawan.

Setiap musibah yang menimpa diri kita adalah penghapus DOSA-DOSA.




Monday

Manusia, Harta dan Kebahagiaan

(١) قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ.
(٢) قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ الْغِنَى كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْسِ.
(٣) قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ اَدَمَ: اَلْمَرْأةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ 
Terjemahan:
1.       Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]
2.       Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Bukanlah kekayaan itu karena banyak harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati.
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]
3.       Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Di antara kebahagiaan anak cucu Adam (manusia) ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad]
Uraian Al-Hadis:
Kebahagiaan adalah menjadi impian bagi semua makhluk insan tanpa mengira derjat. Apakah dia seorang raja atau hamba sahaya, apakah ia orang yang tinggal di kota atau di dusun, apakah ia orang kaya atau orang miskin. Tidak ada seorangpun manusia yang menginginkan kesengsaraan atau kecelakaan.
Dimanakah Kebahagiaan?
Sejak dulu lagi telah timbul pertanyaan ini. Kalaulah kebahagiaan itu sesuatu yang sangat berharga, lalu di mana ia boleh didapati? Sungguh banyak manusia yang terkeliru dalam usaha mencarinya. Mereka akhirnya bagaikan pencari mutiara di dasar laut; badan penat, hati hampa, tangan kosong tanpa membawa hasil sedikitpun.
Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Harta?
Mereka mengira kononnya kebahagiaan itu terletak pada kekayaan kebendaan dan keselesaan hidup. Berapa banyak orang yang kaya raya dan mempunyai harta yang banyak, namun hidup mereka tetap saja dalam kegelisahan dan jiwa mereka tidak tenteram?
Kalau begitu harta yang banyak bukanlah semestinya membawa kebahagiaan. Dan dia bukanlah syarat utama untuk mencapai kebahagiaan. Bahkan kadang-kadang justeru karena harta yang banyak boleh membawa seseorang kepada kesengsaraan di dunia sebelum di akhirat.
Ini sebagaimana firman Allah SWT tentang orang munafiq:
فَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلاَ أَوْلاَدُهُمْ إِنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَاَ
Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia”.
(At-Taubah 9:55)
Yang dimaksudkan dengan “azab” dalam ayat di atas adalah kesusahan, gundah, rungsing, sedih, keresahan, sakit dan penderitaan.
Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Anak?
Memang benar bahwa anak adalah hiasan hidup di dunia.Kehadiran mereka ke muka bumi sebagai anugerah Allah memang ada yang mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup sepasang suami isteri. Tetapi tidak jarang pula kita dapati dalam kehidupan sehari-hari justeru mereka yang menjadi penyebab ibubapanya akhirnya menderita?
Kalau begitu, dengan memiliki anak tidaklah semestinya seseorang akan memperolehi kebahagiaan. Sebagaimana juga sebaliknya, jika tidak mendapat anugerah anak dari Allah itu tidak berarti seseorang itu pasti tidak memperolehi kebahagiaan.
Cara Mencari Kebahagiaan:
Manusia berbeda pendapat dalam cara mereka mencari kebahagiaan. Berbagai jalan mereka tempuh untuk memperolehinya. Perbedaan pemahaman mereka dalam hal ini sangat ketara.
Golongan I:
Mereka berpendapat bahwa kebahagiaan yang dicari itu terdapat pada keseronokan yang bersifat kebendaan dan kenikmatan yang zahir.
Golongan II:
Kebahagiaan justeru dapat diperolehi dengan cara meninggalkan segala kelazatan duniawy dan keluar dari kongkongan fitrah.
Kedua-dua pandangan di atas adalah salah karena ia tidak sesuai dengan matlamat manusia diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai Khalifah Allah.
Golongan 1 : Yang hanya menumpukan perhatiannya pada kelazatan duniawy walaupun melalui cara-cara yang tidak diredhai oleh Allah SWT. Akhlak mereka runtuh. Allah golongkan mereka sebagai golongan yang kafir dan sesat. Allah samakan derjat mereka seperti binatang karena tidak memahami matlamat dan nilai-nilai hidup.
Firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 12:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الاَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ
Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.
Golongan 2 : Yang menjauhkan diri daripada kehidupan dunia. Mereka melihat dunia dengan pandangan yang serba negatif. Mereka seolah-olah ingin keluar daripada fitrah dan realiti. Perjalanan golongan ini seolah-olah memberi kesempatan dan laluan kepada golongan pertama untuk memimpin dunia. Dan bila itu terjadi maka akan hancurlah agama dan musnahlah dunia.
Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 87:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُحَرِّمُواْ طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللّهُ لَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Hai irang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Konsep Kebahagiaan Menurut Islam:
Kalau Islam memandang kedua-dua golongan di atas keliru dalam mereka memahami makna kebahagiaan. Maka Islam memandang manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi bertanggungjawab melaksanakan tugas kekhalifahan tersebut. Insan terdiri daripada roh dan jasad. Dan jasad bukanlah musuh atau penjara bagi roh. Jasad adalah alat bagi roh untuk melaksanakan semua kewajiban tersebut. Dunia ini tempat kita beramal, ia tidak obahnya bagaikan satu medan perjuangan, bukan tempat untuk bersuka-ria tanpa batasan dan bukan pula tenpat menyiksa diri.
Allah berfirman (Al-Mulk 67:2)
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya?
Ihsan Al-‘Amal (amal yang baik) dan ayat di atas dapat tersimpul dalam hubungan baik manusia dengan Allah melalui akidah dan ibadah, dan hubungan baik manusia dengan sesama mereka melalui akhlak dan budi pekerti yang mulia.
Kebahagiaan Terdapat Dalam Diri Insan:
Kalau kebahagiaan bukan terletak pada harta yang banyak, anak, pangkat, dan kebendaan lainnya, maka kalau begitu ia adalah sesuatu yang maknawy (abstrak) tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kebahagiaan yang sebenarnya ialah sesuatu yang muncul dari dalam diri insan karena keimanannya kepada Allah SWT. Tidak seorangpun mampu mencabutnya dari seseorang jika Allah berkehendak memberikan kepadanya.
Kebendaan Yang Wajar Untuk Mencapai Kebahagiaan:
Walaupun kebahagiaan sesuatu yang abstrak (maknawy), ini tidak bermakna kita mesti tinggalkan segala bentuk kebendaan.Bukankah baginda pernah menyatakan bahwa di antara tanda-tanda manusia yang bahagia ialah mereka yang memiliki wanita yang salehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang baik?
Yang penting, jangan sampai kebendaan melalaikan kita daripada mengingati Allah.Dan barangkali inilah rahasianya mengapa Allah mendahulukan akhirat daripada dunia dalam surah Al-Qashash ayat 77 di bawah ini:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الآخِرَةَ وَلاَ تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia.

awek2 canteq, abang2 ensem...Meh Tinggalkan Jejak Blog eaaa..senang i nak follow u oll..